Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

Helmi Azman Sasar Prestasi Terbaik di Motegi Dalam SS600

Pusingan ke-3 FIM Asia Road Racing Championship (ARRC) dijangka berbeza di Motegi apabila beberapa pasukan di Jepun akan menghantar beberapa pelumba wildcard dalam kategori Supersports 600cc.

Tarmac Sports sempat menemubual pelumba pasukan IDEMITSU Boon Siew Honda Racing Team SS600, Helmi Azman minggu lepas dan mendapatkan perkembangan terkini sebelum perlumbaan di Jepun.

Dari segi persiapan beliau sudah buat persediaan cukup rapi sekurang-kurangnya tiga minggu sebelum jadual ARRC pusingan ke-3.

“Saya sudah siapkan persediaan saya dari segi mental dan fizikal, saya jalani latihan lebih selepas minggu MSBK dalam tiga minggu bagi persiapan di Motegi kerana saya tahu beberapa wildcard Jepun agak kuat.

“Berkenaan jentera, pasukan bersedia buat penambahbaikkan enjin dan akan ada perubahan disebabkan Jepun merupakan ibu pejabat Honda. Jadi akan ada bahagian baru yang boleh saya guna dan diharap membantu dalam perlumbaan pusingan ke-3.

“Saingan dalam kelas SS600 hanya Apiwat Wongthananon (Yamaha Racing Thailand) yang kumpul mata setiap perlumbaan namun tidak berjaya kekalkan kemenangan ketiga di Zhuhai, China.”
– Helmi Azman

Helmi berharap beliau cukup motivasi di Motegi dan mampu beri dua kemenangan kepada dirinya hujung minggu ini. Beliau anggap Jepun merupakan tanah air bagi jentera Honda dan mampu beri saingan berbeza kepada Apiwat.

Tambah pelumba kategori SS600, beliau tetap berhati-hati dengan kemampuan beberapa pelumba Jepun yang boleh beri saingan kepada dirinya. Helmi kini mengumpul 36 mata ditangga ke-3.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related