Hakim Danish tunjuk taring di Jerez

Pelumba muda negara, Hakim Danish terus menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam saingan FIM JuniorGP World Championship yang berlangsung di Litar Jerez, Sepanyol hujung minggu lalu.

Aksi cemerlang dalam kedua-dua sesi latihan bebas serta perlumbaan nyata memberi bayangan besar terhadap potensi Danish sebagai salah satu pelumba harapan negara meskipun terpaksa bergelut ketika sesi kelayakan apabila hanya sekadar berjaya menempatkan diri di kelompok pertengahan kumpulan besar, menjadikan usaha untuk mencatat masa terbaik lebih sukar.

Namun, dalam perlumbaan 2 yang berlangsung dalam saingan lebih sengit menyaksikan pelumba kelahiran Terengganu itu bermula dari petak ke-13. Danish tidak menunggu lama untuk menyerang, dan menjelang pusingan ke-7, beliau sudah berada di kedudukan ke-8.

Dalam dua pusingan terakhir, Danish enggan menyerah kalah dan menunjukkan keberanian dan strategi bijak apabila berjaya memintas pelumba satu demi satu sekaligus menamatkan perlumbaan di tempat ke-5 yang juga merupakan pencapaian terbaiknya sepanjang hujung minggu ini.

Dengan keputusan ini, Danish kini menghuni tempat ke-4 dalam kedudukan keseluruhan, turun dua anak tangga selepas Jerez dengan perbezaan 37 mata di belakang pendahulu, Brian Uriarte dari Sepanyol.

kredit : ZK Racing

“Secara keseluruhan, saya gembira dengan kemajuan saya minggu ini, tetapi kurang berpuas hati dengan keputusan perlumbaan kerana jurang dengan pelumba di hadapan masih jauh. Saya perlu perbaiki dari segi setup jentera dan juga diri saya sendiri.

“Saya akan terus berusaha untuk perlumbaan FIM JuniorGP seterusnya di Round 3, Magny Cours, Perancis. Minggu depan pula saya akan berlumba dalam Round 3 RedBull MotoGP Rookies Cup di Aragon, Sepanyol. Doakan kejayaan saya,” tambahnya lagi.

Danish bakal turun semula ke litar bagi aksi pusingan ketiga Red Bull MotoGP Rookies Cup yang akan berlangsung hujung minggu ini di Aragon, Sepanyol sebelum kembali beraksi dalam FIM JuniorGP World Championship Pusingan 3 pada 5 dan 6 Julai ini di Litar de Nevers Magny Cours, Perancis.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related