Hakim Danish sedia galas cabaran wildcard di Sepang

Pelumba wildcard Moto3, Muhammad Hakim Danish Ramli, menegaskan bahawa beliau kini bersedia sepenuhnya untuk penampilan sulungnya di pentas MotoGP, yang bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) minggu hadapan.

Menurutnya, beliau kini sedang memperbaiki setiap kesilapan terdahulu sebagai persiapan menghadapi cabaran besar tersebut. Meskipun tiada sasaran khusus diletakkan, Hakim Danish berkata fokus utamanya adalah untuk menilai tahap prestasi diri melalui sesi latihan bebas sebelum turun bersaing di litar sebenar tidak lama lagi.

“Saya sedang cuba perbaiki apa yang kurang sebelum ini dan belajar sebanyak mungkin menjelang perlumbaan. Tiada tekanan atau sasaran tertentu, tapi saya mahu gunakan peluang ini untuk menilai kemampuan sebenar saya bersama pelumba terbaik dunia,” ujarnya dengan penuh semangat.

Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, menzahirkan harapan agar pelumba muda negara itu mampu mencipta kemenangan di hadapan penyokong sendiri pada saingan Moto3 Grand Prix (GP) Malaysia yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) minggu depan.

Beliau berkata, peluang beraksi sebagai wildcard di laman sendiri bukan sesuatu yang datang selalu dan merupakan detik penting buat Hakim Danish serta peminat sukan permotoran tanah air.

“Bagi saya, memang saya datang dengan harapan nak tengok Hakim menang,” katanya pada sidang media Pengenalan Pasukan dan Jentera AEON Credit SIC Racing MSI hari ini.

“Yang lain pun memang ada minat, tetapi bagi saya, untuk menjadi peminat tegar sukan ini, mereka perlu ada ikon untuk disokong. Dalam kes ini, saya nak tengok Hakim di MotoGP dan rakyat Malaysia juga perlu turun memberikan sokongan kepadanya,” tambahnya lagi.

Hakim Danish bakal turun ke litar pada 24 hingga 26 Oktober ini, dalam aksi yang dijangka memberi pengalaman berharga dan semangat luar biasa buat pelumba muda berusia 18 tahun itu sekali gus membuka lembaran baharu dalam kariernya di pentas dunia.

Dapatkan tiket MotoGP PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2025 yang akan berlangsung pada 24-26 Oktober ini. Anda berpeluang untuk nikmati 25% diskaun dengan masukkan kod ‘PODCAST25’ (Kod diskaun sah sehingga 20 Oktober sahaja) semasa pembelian tiket MotoGP di sepangcircuit.com.

Baca juga:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related