Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

Hakim Danish langkah kanan kempen JuniorGP di Estoril

Estoril, Portugal | 4 Mei 2025 Hakim Danish – SIC Racing MSi raih podium tempat ke-2 di Estoril

Bintang muda permotoran negara, Hakim Danish, memulakan kempen 2025 FIM JuniorGP World Championship bersama pasukan SIC Racing – MSI dengan cemerlang apabila menamatkan perlumbaan di tempat kedua dalam pusingan pembukaan yang berlangsung di Circuit do Estoril, Portugal.

Hakim Danish yang catat peningkatan dalam beberapa sesi latihan bebas pada hari Sabtu terus beri perkembangan positif apabila catat kedudukan ketiga dalam sesi kelayakkan sebelah petang untuk bermula di barisan hadapan.

Danish bermula dengan baik untuk kekalkan kedudukan P3 namun terpaksa berentap dengan Rico Salmela dan Casey O’Gorman sehingga pusingan akhir perlumbaan. Namun kecuaian Casey yang masuk dari dalam dan merempuh Salmela terbabas keluar dari litar.

Gambar: SIC Racing – MSi

Brian Uriarte yang jauh meninggalkan kumpulan pertama dibelakangnya hampir 8 saat mudah untuk menamatkan perlumbaan ditempat pertama. Hakim Danish yang mempunyai kelebihan dengan situasi insiden antara Casey dan Salmela berjaya menjarakkan kedudukan lebih 3 saat untuk menamatkan perlumbaan ditempat ke-2 perlumbaan.

Dalam pada itu Danish sifatkan perlumbaan di Estoril bukanlah permulaan yang baik namun sempat untuk kembali mengejar kembali kedudukan.

“Ini podium pertama saya dalam JuniorGP untuk musim 2025 — P2! Perlumbaan tadi bukanlah permulaan yang baik bagi saya, tapi saya berjaya catch-up semula. Saya tahu Brian ada pace yang lebih baik, dan dalam group tadi saya cuba ikut tetapi rentak group saya agak perlahan. Untuk perlumbaan seterusnya, saya akan cuba kekal bersama dia. Terima kasih kepada KBS, Sepang Circuit, Terengganu Inc, RCB, ZK Racing, keluarga saya dan semua yang sentiasa menyokong saya.”

Pengurus pasukan SIC Racing – MSi mahu mengekalkan momentum aoa yang dicapai Danish dan pasukannya akan terus merancang dengan baik untuk musim ini bagi FIM JuniorGP dan Red Bull Rookies Cup.

Gambar: SIC Racing – MSi

“Satu permulaan musim yang baik. Hakim Danish memulakan tahun ini dengan Red Bull Rookies Cup dan FIM JuniorGP, menamatkan kesemua perlumbaan di atas podium. Fokus kami sekarang adalah untuk mengekalkan momentum ini. Dua perlumbaan seterusnya amat penting, dan saya percaya dengan pasukan kami di Malaysia dan Eropah yang telah merancang dengan baik untuk musim ini.

“Kami juga banyak belajar dari pengalaman tahun lepas, dan kami harap Hakim Danish terus cemerlang dalam setiap perlumbaan Red Bull Rookies Cup dan FIM JuniorGP. Terima kasih kepada semua yang menyokong — KBS, Sepang Circuit, Terengganu Inc, RCB, serta pasukan saya, ZK Racing di Malaysia yang sentiasa berada di belakang karier pelumba. Jumpa anda di perlumbaan seterusnya di Le Mans untuk Red Bull Rookies Cup.”

Pusingan kedua FIM JuniorGP World Championship akan berlangsung pada 31 Mei hingga 1 Jun 2025 di Litar Jerez, Sepanyol. Sebelum itu, tumpuan Danish akan beralih ke Perancis bagi menyertai pusingan Red Bull MotoGP Rookies Cup yang akan diadakan di Litar Le Mans pada 9 hingga 11 Mei 2025.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related