Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

Hakim Danish Cipta Sejarah Sebagai Pelumba Negara Mememangi Perlumbaan Red Bull MotoGP Rookies Cup

LAGU NEGARAKU BERKUMANDANG DI BUMI ARAGON

Motorland Aragon, 1 September – Hadiah yang bermakna buat sukan permotoran yang terus menerus beri kejayaan dan mengharumkan nama negara di pentas dunia apabila Hakim Danish berjaya memenangi perlumbaan Red Bull Rookies Cup buat kali pertama dan pertama kali ini Malaysia. Untuk menyertai kejohanan ini tidak mudah dan memenangi juga tidak mudah namun Danish boleh capai perkara sukar ini.

‘Dimana anda ketika berusia 17 tahun?’

Pinjam kata-kata puitis Wan Khairil Azwa yang bagi mentafsirkan kemenangan pelumba muda negara, HAKIM DANISH di Aragon. Kemenangan yang pertama untuk Malaysia dalam kejohanan Red Bull MotoGP Rookies Cup sepanjang penyertaan Malaysia.

Kita perlu berterima kasih kepada Zulfahmi Khairuddin dan kesemua tenaga ZK Racing yang dedikasi membangunkan bakat muda untuk kesimbungan sukan permotoran dua roda dipentas dunia dengan bantuan Sepang Circuit (SIC Racing).

Sebagai media yang mengikuti rapat pembangunan pelumba muda, kami rekodkan ini sebagai sejarah dan nama Hakim Danish sebaris dengan nama-nama besar yang telah memenangi perlumbaan di Red Bull MotoGP Rookies Cup.

Hakim Danish, Red Bull Rookies race 2, Aragon MotoGP 1 September 2024

Di Race 1 hari Sabtu, Danish sekadar menamatkan perlumbaan di tempat ke-14 apabila dikenakan double long lap penalti setelah terbabit dengan insiden dengan pelumba lain di lap pertama perlumbaan. Namun beliau bangkit untuk meraih kejayaan dengan menjarakkan jurang sebelum memenangi perlumbaan di Aragon.

“Ini adalah kemenangan pertama saya, dalam perlumbaan ke-2 yang agak mencabar kerana permukaan litar dalam keadaan basah, saya dapat merasai jentera saya dalam keadaan baik untuk tetapan litar basah. Saya cuba menjarakkan jurang dengan kelompok belakang bermula dari lap pertama dan mengekalkan pace saya dan akhirnya saya berjaya menamatkan perlumbaan tempat pertama.” kongsi Hakim Danish

“Bagi perlumbaan 1 semalam, saya juga berjaya memberi tentangan hebat kepada kumpulan hadapan tetapi selepas red-flag, perlumbaan dimulakan semula dan saya bermula dengan agak agresif dan memotong pelumba lain mengakibatkan berlaku kemalangan kepada pelumba tersebut dan saya dikenakan penalti. Saya ingin menghadiahkan kemenangan ini untuk rakyat Malaysia sempena hari Kemerdekaan Ke-67. Malaysia Boleh!” – tambah Danish

Dalam pada itu Pengarah Urusan ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin cukup gembira dengan pencapaian Hakim Danish dan mengharapkan momentum ini berterusan sehingga pusingan akhir minggu ini di Misano yang menawarkan 50 mata berharga.

Zulfahmi difahamkan akan ke Misano bagi melihat dan menyokong Hakim Danish untuk dua perlumbaan terakhir Red Bull MotoGP Rookies Cup 7 hingga 8 September.

Ini kedudukan pungutan mata keseluruhan:

  1. Alvaro Carpe, Spain – 202 pts
  2. Brian Uriarte, Spain – 189 pts
  3. Valentin Perrone, Argentina – 161 pts
  4. Maximo Quiles, Spain – 153 pts
  5. Rico Salmela, Finland – 138 pts
  6. Hakim Danish, Malaysia – 114 pts




Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related