Hakim Danish bergerak professional, dana mengecil ketika program ‘Road to MotoGP’ dipuncak

Melalui sidang media pada 4 Jun, Kementerian Beliau dan Sukan (KBS) sentiasa memberikan sokongan dan dorongan kepada pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli untuk terus mengharumkan nama negara di Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP).

KBS melalui menterinya, Dr Mohammed Taufiq menjelaskan pihaknya telah memberikan RM800 ribu bagi Geran Padanan Sukan, dan Litar Antarabangsa Sepang sebanyak RM1 juta. Jumlah ini dilihat mengecil khusus untuk sukan permotoran dua roda ketika program jangka panjang SIC Racing menerusi ZK Racing.

Namun bantuan dan penyaluran dana tambahan termasuk kepada Hakim Danish selepas kejayaan melakar podium pertama dalam perlumbaan pusingan ke-7 Grand Prix Itali akan dibincangkan ketika menyedari potensi besar sukan permotoran untuk kemajuan sukan negara.

Perbezaan dana yang disalurkan kepada sukan permotoran pada 2025 seperti yang umumkan Menteri sebelum ini melalui kenyataan rasmi Kementerian Belia dan Sukan (KBS), jumlah dana yang diperuntukkan untuk sukan permotoran pada tahun 2025 ialah RM5.6 juta.

Menteri Belia dan Sukan pada ketika itu, Hannah Yeoh, menjelaskan bahawa walaupun fokus utama KBS adalah kepada sukan Olimpik, sukan permotoran tetap menerima sokongan sebagai salah satu daripada 103 sukan yang digazetkan.

Sebanyak RM1.9 juta disalurkan kepada Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM), RM450,000 kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri RM3.2 juta kepada kelab dan persatuan sukan permotoran di peringkat negeri. Selain itu, terdapat juga dana khusus untuk pembangunan pelumba dua roda melalui program SIC-KBS.

RM3 juta daripada Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara (KWASN) untuk Program Pembangunan Sukan Permotoran Berprestasi Tinggi 2025. RM1 juta tambahan daripada KWASN bagi menyokong penyertaan Hakim Danish dalam FIM JuniorGP World Championship 2025.

Peminat sukan sebelum ini mengkritik hebat ucapan KBS ‘Terima Kasih’ dengan meletakkan tanda pagar ‘#KitaSemuaTeamMAS’ yang dianggap mengambil kredit atas kejayaan anak muda dari Terengganu yang berjaya menamatkan kemarau 10 tahun podium bagi kategori Moto3 selepas Khairul Idham Pawi pada 2016 di GP Argentina sekali pun perjalanan Hakim Danish sebelum ini dibantu oleh KBS sebelum melangkah ke peringkat professional bersama pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related