Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

Hafizh Syahrin Sertai Ducati Team Kagayama Menjelang Suzuka 8 Hours

Menjelang perlumbaan Suzuka 8 Hours Endurance 2024 yang merupakan sebahagian daripada kalendar Endurance World Championship (EWC) di litar ikonik Suzuka International Circuit pada 19-21 Julai, Ducati Team Kagayama umum barisan pelumba yang akan mengambil bahagian dalam perlumbaan endurance.

Ducati Team Kagayama meletakkan pelumba Ryo Mizuno yang kini beraksi dalam All-Japan Road Race, Josh Waters yang menyertai ASBK Australian Championship, dan Hafizh Syahrin yang bertanding dalam FIM Asia Road Racing Championship. Ketiga-tiga pelumba ini akan membawa jentera Panigale V4R dalam Suzuka 8 Hours.

Dari kiri: Hafizh Syahrin, Ryo Mizuno, Josh Waters. Gambar JDT Racing Team

Pengenalan barisan pelumba ini juga turut disaksikan oleh Pengurus Besar Off-Road Ducati Corse, Paolo Ciabatti yang baru ketuai projek baru dari Ducati Corse yang dikenali sebagai Off-Road bermula bulan Disember 2023.

Sebelum ini Yukio Kagayama secara rasmi umum pasukannya Team Kagayama berkolaborasi dengan Ducati Corse dan akan sertai perlumbaan MFJ All Japan Championship dan Suzuka 8 Hours bagi memberi saingan kepada pengeluar jenama Jepun seperti, Yamaha, Honda dan Suzuki.

Hafizh juga turut berterima kasih kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor yang merialisasikan kolaborasi dan penglibatan JDT Racing Team bersama pasukan Ducati Team Kagayama.


Saksikan perlumbaan penuh cabaran Suzuka 8 Hours pada 19-21 Julai ini yang turut dibarisi pelumba negara bersama pengeluar lain.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related