Litar Antarabangsa Sepang menjadi medan saksi bagi aksi hebat yang dipamerkan Pelumba Red Bull GASGAS Tech3, Pedro Acosta di Grand Prix Malaysia pada 3 November yang lalu.
Pelumba Sepanyol itu, berjaya mencatatkan keputusan cemerlang dengan menduduki tempat ke-5 selepas ditinggalkan hanya 1 saat dibelakang pelumba Gresini Racing MotoGP, Alex Marquez dalam keadaan cuaca yang panas mencecah 34 darjah celcius.
Pelumba berusia 21 tahun itu bermula di kedudukan ke-13 sebelum memacu dirinya ke kedudukan lima terbaik demi mengumpul lebih banyak mata bagi mendapatkan kedudukan ke-5 dalam carta kejuaraan dunia.
Dalam pada itu, rakan sepasukannya Augusto Fernandez tidak kurang hebatnya apabila mengakhiri perlumbaan di tempat ke-10 yang juga merupakan pencapaian terbaiknya bagi musim 2024 selepas bangkit dari kedudukan P21 di grid untuk mendapatkan 6 mata.
Pedro Acosta:
“Perlumbaan yang baik tetapi tidak mencukupi. Saya kehilangan masa ketika cuba untuk mendahului pelumba lain pada awal perlumbaan dan sekiranya saya dapat memecut dengan lebih pantas, mungkin saya boleh lebih hampir dengan kedudukan ke-4. Suhu tayar hadapan saya sangat tinggi dan sukar untuk diuruskan. Saya tidak mahu mengambil risiko. Saya berbangga dengan keputusan yang saya perolehi. Paling penting bagi saya adalah untuk menghabiskan perlumbaan.”
Augusto Fernandez:
“ Saya gembira dengan kelajuan saya dalam perlumbaan tambahan lagi apabila saya berada dalam kelompok sepuluh pelumba terbaik. Meskipun saya terpaksa berdepan dengan keadaan tayar dimana saya harus mengawal jentera saya dengan baik namun saya masih berpuas hati dapat memintas ke hadapan. Saya cuba untuk meraih tempat ke-9, tetapi apa pun, dari sudut hati saya saya tetap berpuas hati dengan perlumbaan terbaik saya untuk musim ini. Lebih baik lambat daripada tidak pernah merasainya! Kini saya tidak sabar untuk perlumbaan terakhir nanti.”
Dengan tamatnya Grand Prix Malaysia 2024 ini, Acosta kini berada di kedudukan ke-5, manakala Fernandez berada di tempat ke-20 dalam carta Kejuaraan Dunia MotoGP untuk musim ini.
Kedudukan Kejuaraan Dunia MotoGP
- Jorge Martin (ESP) Ducati, 485 mata
- Francesco Bagnaia (ITA) Ducati, 461 mata
- Marc Marquez (ESP) Ducati, 369 mata
- Pedro Acosta (ESP) Red Bull GASGAS Tech3, 209 mata
- Brad Binder (RSA) KTM, 206 mata
- Jack Miller (AUS) KTM, 84mata
- Augusto Fernandez (ESP) Red Bull GASGAS Tech3, 27mata