Gandingan terbaik dalam sejarah MotoGP

Selepas pelancaran rasmi jentera Ducati Lenovo Team 2025 di Itali baru-baru ini, gandingan Pecco Bagnaia dan Marc Marquez menjadi topik hangat perbualan dengan ramai yang mempersoalkan sama ada mereka layak dianggap pasangan terbaik dalam sejarah MotoGP.

Dua ikon sukan permotoran ini membawa rekod gemilang, mengumpul 11 gelaran Kejuaraan Dunia secara keseluruhan, termasuk lapan gelaran kelas premier dengan Marquez menyumbang enam daripadanya, diikuti Bagnaia dengan dua kejuaraan.

Namun, terdapat gandingan lain yang turut memahat nama mereka dalam sejarah MotoGP dengan rekod signifikan yang dicipta berdasarkan senarai yang dikeluarkan MotoGP. Berikut merupakan antara pelumba yang berjaya berada dalam senarai :

Valentino Rossi dan Jorge Lorenzo

Sepanjang kerjasama mereka sebagai rakan sepasukan di Yamaha, duo ikonik ini mengumpul 14 gelaran Kejuaraan Dunia, dengan 10 daripadanya dalam kelas premier. Dari segi kejayaan dan statistik rekod, Rossi dan Lorenzo membentuk salah satu pasangan terhebat dalam era moden MotoGP.

Marc Marquez dan Jorge Lorenzo

Walaupun kerjasama ini tidak bertahan lama berikutan persaraan Lorenzo pada akhir musim 2019, secara atas kertas, dengan sembilan gelaran MotoGP digabungkan, pasangan #93 dan #99 ini termasuk dalam senarai terbaik yang pernah disaksikan.

Casey Stoner dan Dani Pedrosa

Dari segi angka, gandingan Stoner dan Pedrosa di Honda mungkin tidak setanding dengan pasangan sebelumnya. Stoner memiliki dua gelaran MotoGP, manakala Pedrosa mempunyai tiga dalam kelas lebih rendah.Namun, statistik bukan segalanya.Stoner dan Pedrosa dianggap antara pelumba terbaik yang pernah menghiasi MotoGP, dengan Stoner khususnya diiktiraf sebagai salah satu pelumba motosikal paling berbakat secara semula jadi sepanjang zaman.

Marc Marquez dan Dani Pedrosa

Dari tahun 2013 hingga tahun 2018, Marquez dan Pedrosa mengetuai usaha pasukan kilang Honda. Walaupun Marquez merupakan pelumba yang sering memenangi Kejuaraan, selama dalam tempoh kerjasama mereka, aksi cemerlang Pedrosa tidak dapat dinafikan selepas mencipta rekod dengan meraih 10 kedudukan di tempat empat teratas dalam Kejuaraan MotoGP dan memenangi sembilan daripada 31 kemenangan MotoGP miliknya.

Menjelang musim 2025 dengan gandingan Ducati yang baharu dijangka bakal mengegarkan litar, Bagnaia dan Marquez dianggap setanding dengan gandingan hebat lagenda seperti Rossi dan Lorenzo. Namun, adakah gandingan ini bakal mencipta kejutan seperti yang diramalkan atau sebaliknya?

Gandingan Ducati ini bakal kembali beraksi di Litar bagi aksi pembukaan MotoGP 2025 yang dijadualkan berlangsung pada 28 Februari hingga 3 Mac 2025 di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related