Tarmac Sports berpeluang sertai sesi sidang media secara maya bersama pelumba pasukan Pertamina Enduro VR46 Racing Team, Franco Morbidelli (Franky) beberapa jam sebelum majlis pelancaran pasukan yang berlangsung dari Jakarta Indonesia.
Dalam sesi yang sama Franky mengetengahkan beberapa perkara penting yang disasarkan oleh beliau menjelang mulanya musim 2025. Untuk musim lalu Franky Bersama pasuka Prima Pramac Ducati dengan menamatkan kempen 2024 pada kedudukan ke-9 dan berkongsi mata yang sama bersama Alex Marquez dengan 173 mata.
Antara aspek penting yang mahu diperbaiki adalah sesi kelayakkan dan pengurusan tayar lebih baik. Ini yang dikongsikan Franky.
“Saya perlu melihat semula perkara seperti kelayakan. Tetapi saya mampu lakukannya lebih baik dengan memulakan P4 dan P5 untuk dua perlumbaan terakhir. Untuk tahun ini kita akan cuba untuk menjadikannya lebih baik.”
“Kemudian pengurusan tayar semasa perlumbaan adalah merupakan satu cabaran lain. Aspek kelajuan kelayakan memberi kesan yang besar kepada saya tahun lepas. Saya tidak bermula di hadapan seperti yang saya harapkan dan sudah tentu saya perlu meningkatkan pengurusan tayar, itu pasti akan membantu kami.“
“Namun beberapa perkara lain, kami akan selesaikan dengan pasukan dan kami akan berbincang lebih lanjut. Diharapkan pada akhir semasa ujian, kami akan menyelesaikannya.”
Bercakap mengenai sasaran baru musim 2025 beliau akan meningkatkan beberapa perkara penting bersama rakan sepasukan Fabio Di Giannantonio.

“Saya bersedia untuk meningkatkan kawasan yang saya terlepas tahun lepas untuk mencapai podium dan kedudukan teratas seperti selayak pasukan perlu berada dan membawa sejauh yang mungkin bersama Fabio juga.”
Menyentuh mengenai dominasi Ducati 2024 dan senarai Ducati 2025. Bagi Franky beliau tiada masalah dengan hanya 6 buah jentera Ducati musim ini berbanding 8 buah jentera musim 2024. Beliau sedar pasukan lain juga sentiasa buat penambahbaikkan dan Ducati perlu bergerak kedepan.
“Ducati akan berada di atas. Pengurangan jentera Ducati atas grid tidak akan memberi banyak perbezaan kepada saya. Saya tidak melihat kedudukan jika Ducati berada di P6 atau P8. Saya tidak mencari P6 atau P8, saya akan mencari P3, 2 atau 1. Jadi nombor itu tidak memberi kesan kepada saya. Tetapi sudah tentu pengeluar lain akan meningkatkan dan memperbaiki prestasi mereka. Pesaing kami akan menjadi lebih baik daripada tahun lepas. Kami memberi tumpuan untuk membawa pasukan setanding pakej yang kami ada.”
Dalam majlis pelancaran, pasukan mengenakan warna kuning pendarfluor iaitu warna tema bagi VR46.


