Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

Franco Morbidelli Enggan Mengulas Perbezaan Yamaha – Ducati

Grand Prix Portugal masih merupakan cabaran buat Franco Morbidelli walaupun sudah mula lebih memahami jentera Ducati GP24.

 

Pemenang perlumbaan MotoGP 3 kali itu gagal untuk mencatat masa yang baik di sesi kelayakan di Portimao dan bermula dari tempat ke-17 dalam perlumbaan minggu lalu. Namun, pelumba Itali tersebut gagal untuk menamatkan perlumbaan apabila terjatuh di pusingan pertama ketika cuba untuk memintas Joan Mir di selekoh 8 – menyebabkan Joan Mir terkeluar dari litar dan hilang sayap belakang jentera, selain masalah kepada bahagian jentera yang lain.

 

Prestasi Franco Morbidelli musim ini ketinggalan jika dibandingkan dengan pelumba Ducati yang lain. Antara puncanya adalah apabila pemindahan Morbidelli dari Yamaha ke Ducati untuk musim 2024 terjejas secara signifikan oleh kecederaan otak yang dialaminya dalam satu kemalangan latihan di Portimao, yang menyebabkannya terlepas semua ujian pra-musim, dan kurang ‘kilometer’ bersama jentera GP23 tersebut. Oleh itu, Morbidelli mengakui masih bergelut untuk menunggang GP24 dan masih terlalu banyak memikirkan proses dan kurang kebebasan untuk bertindak secara spontan.

 

“Saya masih perlu banyak memikir tentang penggunaan peranti-peranti, pada gear, yang berbeza dengan yang saya biasa saya gunakan.”

 

“Saya memikirkan perkara-perkara begitu sekarang dan tidak memberi tumpuan dan memaksimumkan tunggangan. Tetapi itu yang berlaku apabila anda tidak mempunyai pengalaman di trek (bersama GP24). Kami kekurangan perkara itu.”

 

Disoal tentang perbezaan ketara antara jetera Yamaha dan Ducati, Morbidelli enggan membuat perbandingan atas dasar hormat kepada kedua-dua pengeluar, namun teruja dengan kelajuan dan prestasi jentera Ducati.

 

“Saya tidak mahu membuat perbandingan kerana itu tidak akan adil. Saya lebih gemar untuk tetap dengan pendirian saya dalam hal sebegini.”

 

“Apa yang dapat saya katakan adalah saya berasa selesa dengan jentera ini, sangat selesa. Jika anda lihat rentak saya dalam perlumbaan ini walaupun menunggang tanpa kebebasan dan memikirkan banyak perkara, rentak perlumbaan saya sebenarnya masih baik, cukup untuk menjadi yang keenam, ketujuh.”

 

“Saya gembira dengan pakej ini dan saya merasakan banyak potensi.”

 

Franco Morbielli tetap optimis dengan keupayaan pakej GP24,

 

“Kini persoalannya adalah selama mana yang saya perlu untuk bolehkan saya adaptasi cara menunggang bersama jentera dalam masa yang singkat, dan mengeluarkan potensi maksimum jentera, yang mana saya masih belum melakukannya.”

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related