Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

Fermin Aldeguer ke MotoGP Bersama Pasukan Ducati

Fermín Aldeguer akan ke MotoGP musim hadapan, menandatangani 2-tahun kontrak, yang boleh dilanjutkan kepada 2-tahun lagi sehingga akhir musim 2028.

Buat masa ini, masih belum diketahui Fermin bakal mewakili pasukan Ducati yang mana di MotoGP, namun kuat diperkatakan bahawa pelumba berusia 19 tahun itu bakal ke pasukan satelit, Pramac Racing, dimana Jorge Martin dan Franco Morbidelli merupakan barisan pelumba untuk musim ini.

Pelumba Sepanyol yang juga merupakan Juara FIM CEV Moto2 tahun 2021 itu, sudah membuat penampilan selama empat musim di Kejuaraan Dunia Moto2 dan secara 3 tahun beraksi secara sepenuh musim.  Fermin hampir membuat loncatan ke MotoGP tahun lalu, apabila pemindahan Marc Marquez ke Gresini dan Luca Marini ke Honda, meninggalkan tempat kosong dalam pasukan VR46 Racing. Namun, berdasarkan kontrak dan klausa, Boscoscuro mempertahankan haknya terhadap Fermin, dan rundingan pada musim lalu tidak berjaya untuk diteruskan.

Pergarah Pengurusan Ducati Corse, Gigi Dall’Igna, dalam siaran akhbar berkata,

“Saya ingin mengalu-alukan Fermin ke dalam keluarga Ducati dan kami tidak sabar untuk melihatnya di atas Desmosedici GP.”

“Saya sangat gembira dengan kerjasama ini kerana Aldeguer adalah salah seorang pelumba yang berpotensi tinggi dari generasi baru dalam Kejuaraan Dunia. Dalam beberapa tahun terakhir kami telah mengikuti perkembangannya dan sepanjang musim lalu beliau menunjukkan kelajuan yang luar biasa. Beliau adalah seorang pemuda yang sangat muda dengan potensi yang besar dan ciri-ciri untuk berjaya. Kami akan memberikan sokongan teknikal sepenuhnya untuk membantu beliau.”

Tentunya Impian untuk bersaing di kategori MotoGP merupakan Impian untuk setiap pelumba. Kata Fermin,

“Saya sangat teruja dengan peluang ini, dan kerana Ducati saya akan dapat mencapai impian yang saya kejar sejak kecil: masanya telah tiba untuk membuat loncatan besar (dalam karier) dan berada dengan barisan pelumba yang terbaik di dunia”

“Selain itu, saya akan melakukannya dengan jentera terbaik di grid, Desmosedici GP yang mempunyai dua gelaran dunia berturut-turut dan telah membuktikan bahawa jentera ini dapat menyesuaikan diri dengan apa jua situasi. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ducati dan Gigi Dall’Igna atas kepercayaan yang mereka berikan kepada saya sejak hari pertama kami mula berbincang, Luca Boscoscuro atas segala yang telah kami lalui dan apa yang kami masih miliki tahun ini dan juga kepada keluarga saya, pengurus saya Héctor Faubel dan semua orang yang telah membantu saya dengan satu cara atau yang lain untuk sampai ke sini.”

“Sekarang saya sudah tahu musim hadapan saya, sudah tiba masanya untuk fokus pada musim ini di mana saya masih memiliki cabaran besar di Moto2. Saya akan memberikan segalanya untuk meninggalkan kategori ini dengan hasil yang terbaik sebelum menghadapi cabaran besar untuk berada di MotoGP”.

https://twitter.com/ducaticorse/status/1769755687008010462

Kontrak Enea Bastianini bersama pasukan Lenovo Ducati Corse akan tamat hujung musim ini. Buat masa ini masih belum diketahui sama ada Jorge Martin akan ke pasukan Lenovo Ducati mengambil tempat Enea Bastianini, walaupun kuat dikaitkan dengan prestasi cemerlang dari Martin. Sama ada Fermin bakal menggantikan Jorge Martin atau Franco Morbidelli masih lagi menjadi persoalan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related