Fairing Baru Beri Banyak Downforce Dan Kurang Wheelie Untuk Factory Ducati

Francesco Bagnaia simpulkan beliau cukup bangga dengan catat masa yang dibuat pada hari kedua di Sepang Test 2024 pada Rabu dengan 1:57.469 dengan perbezaan hanya 0.335 saat dari Bastianini.

Bagnaia yang memegang rekod Pole Position Record 2023 dengan 1:57.491 memperincikan antara fokus utama ujian hari kedua Sepang Test 2024. Menurut Bagnaia fairing antara bahagian yang Ducati cuba dan ia membantu dalam catatan masa. Turut merasai perubahan ini adalah Enea.

Namun menurut Pecco antara perkara yang menunjukkan peningkatan adalah ‘power delivery’ yang mengembirakan. Fairing baru yang berbeza jika dibandingkan dengan tahun lepas dan sedikit berat membantu beri lebih ‘downforce’ pada laluan lurus dan mengurangkan wheelie.

Namun banyak yang perlu ditambah baik dan ujian hari kedua sangat positif. Pecco turut mendedahkan beliau akan buat ‘time attack’ sebelah pagi hari terakhir jika tidak hujan.

#TarmacSports

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related