Pelumba Monster Energy Yamaha MotoGP sejak hari pertama beri gambaran positif melalui kesemua sesi sehingga Sprint Race hari Sabtu. Kedua-dua pelumba Yamaha layak ke Q2 secara automatik apabila berada dalam kelompok sepeluh terbaik pada Jumaat petang.
Dalam FP1, Fabio catat masa 02:00.584 untuk kedudukan ke-8 manakala Alex Rins berada pada kedudukan ke-14 dengan 02:00.958. Semasa sesi Practice masing-masing menunjukkan peningkatan yang baik apabila Fabio mencatat masa 01:58.303 di tempat ke-6 dan Rins sedikit selesa di kedudukan ke-8 dengan 01:58.336 saat.
Pada hari Sabtu pagi dalam sesi FP2, Fabio buat catatan sebelah pagi dengan 01:58.765 untuk berada di kedudukan ke-4 dibezakan 0.137 saat dari Pecco. Alex Rins dalam sesi yang sama berada pada kedudukan ke-8 dengan 01:59.034
Hasil daripada catatan pada sesi Practice hari Jumaat dimana kedua-dua pelumba tampil catat masa dengan baik dalam Qualifying 2 dimana Fabio Quatararo catat masa 01:57.592 untuk mengesahkan grid permulaan ke-8 dan Alex Rins di grid ke-9 dengan 01:57.726
Dalam Perlumbaan Sprint, Fabio menujukkan hasil yang cukup baik apabila menamatkan perlumbaan di tempat ke-5 dengan dan Alex Rins di tempat ke-11.
Keputusan ini antara hasil yang mereka peroleh dari ujian di Misano Test pada 9 September 2024. Yamaha sebelum ini beri banyak tumpuan pada peningkatan dari segi elektronik jentera namun menurut Fabio masih ada banyak lagi perkara yang boleh dilihat untuk kurangkan jurang dengan pasukan lain.
“Dalam kelayakan, kami perlu memahami mengapa pasukan lain membuat anjakan yang lebih besar daripada kami, kami meningkat 1 hingga 2 saat manakala Martin dan Pecco meningkat lebih daripada 2 saat.
“Dalam Sprint Race kami agak bagus, namun masih bergelut dengan bahagian depan jadi kami perlu lihat untuk esok dalam melihat pelumba dihadapan. Kami perlu melihat prestasi jentera mereka pada masa ini untuk lebih baik daripada ini.” – kongsi Fabio
Fabio juga memberi tahu Yamaha sedang buat perubahan besar pada jentera terutama dari segi elektronik.
“Pada asasnya kami membuat perubahan besar pada elektronik. Elektronik dalam Yamaha benar-benar jauh. Saya mahu buat perubahan besar dari hujung minggu ini dan jika ia berfungsi seperti ia berfungsi dengan sempurna tetapi walaupun ia tidak baik, saya mahu ia mencuba kerana kami perlu membuat beberapa langkah pada elektronik.
Saya fikir mereka tidak mahu saya membuat banyak perubahan kerana anda tahu elektronik kadang kala agak kritikal dan mudah untuk highside tetapi kami perlu juga untuk prestasi lebih baik.” tambah Fabio
Dalam pada itu Alex Rins memberi pandangan yang berbeza mengenai jentera dan rasa lebih selesa dengan jentera Yamaha pada masa sekarang.
“Ia adalah hari yang sangat positif. Pada sebelah pagi, kami fokus pada elektronik, dan ia beri kami perasaan yang baik. Saya merasakan jenteral itu lebih baik, dan ia sesuai dengan saya, dan itu agak bagus
Kami lengkapkan sesi kelayakan yang sangat baik. Dalam perlumbaan Sprint, berlaku sedikit kekalutan (chaos) di selekoh pertama. Saya turun ke tempat ke-11, dan saya kekalkan kedudukan itu sehingga habis Sprint. Saya tidak dapat memintas seperti yang saya mahu, tetapi kami mengambil maklumat yang baik. Esok akan menjadi perlumbaan yang sangat panjang dan mencabar, juga untuk tayar. Mari lihat bagaimana kita boleh menanganinya“ – kata Alex Rins