Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

Fabio Quartararo masih tidak yakin dengan enjin baharu Yamaha

Yamaha, yang mengumumkan pembangunan enjin V4 pada musim panas 2024 untuk mempertingkatkan lagi jentera MotoGP mereka menjelang musim baharu, bagaimanapun menerima sambutan yang berbelah bahagi.

Perkara ini dimaklumkan oleh pelumba utama mereka, Fabio Quartararo menerusi satu temubual bersama Motosan Sepanyol yang mengungkapkan beliau masih tidak mempercayai dengan kebolehan enjin baharu tersebut yang kemungkinan mampu mencipta kejutan pada MotoGP musim ini kerana ianya masih berada di peringkat awal pembangunan.

“Saya rasa ini ianya terlalu baru, kami harus benar-benar mencuba sebaik mungkin dengan menguji kemampuannya untuk mengetahui potensi enjin V4 ini, namun kami masih berada di fasa yang sangat awal untuk memberikan sebarang maklum balas.

“Kita harus mengambil contoh oleh pasukan Ducati, Aprilia, KTM, dan juga Honda, kerana terdapat perkara yang lebih teruk yang mereka lalui dengan enjin mereka berbanding kami namun ada juga perkara baik yang diperolehi mereka.

“Kita perlu melihat dari pelbagai sudut, tetapi saya tidak seratus peratus menaruh harapan dengan enjin baharu ini,” ujarnya.

Dengan enjin yang masih di peringkat awal dalam pembangunan, Quartararo jelas muktamad dengan kenyataannnya bahawa enjin baharu itu bukan lah penyelesaian terbaik bagi meningkatkan prestasi Yamaha pada ketika ini.

Walaupun pembangunan enjin V4 akan meletakkan Yamaha berada selari dengan konfigurasi enjin pesaingnya, dalam mengejar jenama-jenama Eropah yang lain, namun pengeluar Jepun itu jelas memerlukan banyak pembaikan lain.

Credit : Yamaha MotoGP

Walaupun Yamaha memenangi kejuaraan tiga tahun lalu bersama Fabio Quartararo, jenama ini tidak mencatatkan kemenangan sejak Grand Prix Jerman pada tahun 2022 dan melalui keseluruhan musim 2024 tanpa sebarang podium.

Sejak era empat lejang bermula, Yamaha menggunakan enjin empat silinder selari (I4), satu pendekatan yang semakin menyimpang daripada trend enjin V4 yang dominan di grid MotoGP. Dengan perbezaan ini yang jelas membezakan Yamaha daripada pesaingnya, beralih kepada enjin V4 baru dapat meletakkan Yamaha setara dengan jenama lain.

Pasukan Yamaha akan kembali semula beraksi di atas litar menjelang sesi ujian yang dijadualkan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang PETRONAS (PSIC), Kuala Lumpur sebelum memulakan kempen mereka menjelang musim baharu yang bakal diadakan di Thailand bermula 28 Mac 2024 ini.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related