F1 Sukan Inklusif? 5 Wanita Yang Pernah Mencabar Stereotaip!

Dalam sejarah Formula 1, hanya lima wanita yang pernah mengambil bahagian dalam sesi Grand Prix rasmi. Pelumba wanita pertama ialah Maria Teresa de Filippis dari Itali yang membuat penampilan sulung pada tahun 1958 bersama pasukan Maserati. Selepas itu, beberapa nama lain turut mengambil cabaran yang sama seperti Lella Lombardi, Divina Galica, Desiré Wilson dan Giovanna Amati.

Daripada semua nama tersebut, hanya Lella Lombardi berjaya mencatat mata kejuaraan dunia Formula 1 apabila beliau menamatkan perlumbaan di tempat keenam pada Grand Prix Sepanyol 1975 dan meraih 0.5 mata.

Adakah Wanita Tidak Mampu Memandu Kereta F1?

Jawapannya, tidak!

Masalah utama bukanlah kemampuan wanita dari segi fizikal, tetapi jumlah wanita yang mendapat peluang untuk sampai ke tahap tertinggi.

F1 telah memperkenalkan beberapa inisiatif untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam sukan ini. Antara usaha terbesar ialah F1 Academy, sebuah siri perlumbaan khas yang diwujudkan pada 2023 untuk membangunkan bakat pelumba wanita dan menyediakan laluan ke kategori lebih tinggi. Inisiatif ini juga disokong oleh beberapa pasukan F1 melalui program pembangunan bakat masing-masing.

Walaupun tiada pelumba wanita di grid F1 ketika ini, peluang itu semaking terbuka. Dengan lebih banyak sokongan, pendedahan dan program pembangunan, tidak mustahil suatu hari nanti seorang pelumba wanita akan berdiri di grid F1 dan mencipta sejarah baharu.

F1 bukanlah sukan yang wajib didominasi oleh para lelaki sahaja kerana objektif utama F1 hanyalah satu, iaitu mencari pelumba terpantas di dunia tanpa mengira jantina.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related