Pelumba Jentera Ducati, Enea Bastianini mengesahkan kemenangan di PT Grand Prix Thailand 2024 selepas mempamerkan aksi cemerlang dengan kelebihan 1.357 saat dalam Tissot Sprint pada petang Sabtu.
Bastianini atau lebih dikenali sebagai ‘The Beast’ memimpin perlumbaan pada lap pertama, dengan tenang dan mengekalkan kelajuan konsisten yang membuatkan Pelumba Prima Pramac, Jorge Martin kebuntuan dalam mencari strategi terbaik bagi memberikan saingan selepas sekadar berjaya berada di kedudukan kedua.
Pada pusingan terakhir, tiada siapa yang mampu menandingi kelajuan Bastianini,sekaligus meletakkan pelumba #23 itu untuk menoktahkan kemenangan di Thailand. Bastianini memenangi perlumbaan dengan kelebihan lebih satu saat daripada Martin, yang berjaya menambah kelebihan mata kejuaraannya kepada 22 mata berbanding pencabar utamanya, Bagnaia, menjelang perlumbaan Ahad.
“Ianya merupakan perlumbaan yang baik. Saya mengambil kesempatan atas kesilapan yang dilakukan (Jorge) Martin sejurus selepas saya melihat beliau lambat menekan brek, saya yakin yang dia tidak mampu membuat selekoh itu dengan baik.
“Kemudian saya cuba untuk menjauhkan diri sedikit dalam dua hingga tiga pusingan pertama sebelum berjaya menjurangkan kedudukan dengan pelumba lain sebelum meraih kemenangan selesa dari apa yang kami bayangkan, meskipun ianya tidak mudah,” kata Bastianini.
Pasukan Ducati Lenovo akan turun beraksi pada esok bermula pukul 9.40 pagi waktu tempatan (GMT +7) bagi sesi pemanas badan, diikuti dengan perlumbaan kelapan belas musim ini yang akan bermula pada pukul 2 petang.
Keputusan Kelayakan Grand Prix MotoGP Thailand
MotoGP
- Francesco Bagnaia (ITA) Ducati – 1:28.700
- Enea Bastianini (ITA) Ducati – +0.232
- Jorge Martin (ESP) Ducati – +0.430
- Pedro Acosta (ESP) GASGAS – +0.719
- Brad Binder (RSA) Red Bull KTM Factory Racing – +1:29.535 (Q1)
- Jack Miller (AUS) Red Bull KTM Factory Racing – 1:29.773 (Q1)
- Augusto Fernandez (ESP) GASGAS – 1:29.828 (Q1)
Sprint MotoGP Thailand
- Enea Bastianini (ITA) Ducati – 19:31.131
- Jorge Martin (ESP) Ducati – +1.357
- Francesco Bagnaia (ITA) Ducati – +2.372
- Brad Binder (RSA) Red Bull KTM Factory Racing – +13.692
- Jack Miller (AUS) Red Bull KTM Factory Racing – +18.397
- Augusto Fernandez (ESP) GASGAS – +21.298
DNF. Pedro Acosta (ESP) GASGAS
Moto3
- Joel Kelso (AUS), KTM – 1:40.603
- Collin Veijer (NED) Husqvarna – +0.073
- Angel Piqueras (ESP) Honda – +0.124
- David Alonso (COL) CFMOTO – +0.356
- Daniel Holgado (ESP) GASGAS – +0.514
- Jose Antonio Rueda (ESP), Red Bull KTM Ajo – +1.110
- Joel Esteban (ESP) CFMOTO – +2.066
- Jacob Roulstone (AUS) GASGAS – 1:41.494 (Q1)
- Tatsuki Suzuki (JPN) Husqvarna – 1:41.562 (Q1)
- Xabi Zurutuza (ESP) Red Bull KTM Ajo – 1:41.622 (Q1)
Moto2
1.Senna Agius (AUS) Husqvarna – 1:35.355 (Q1)
2.Ai Ogura (JPN) – 1:34.728
3. Aron Canet (ESP) – +0.051
4. Diogo Moreira (BRA) – +0.074
5. Jake Dixon (GBR) CFMOTO – +0.393
6.Deniz Öncü (TUR) Red Bull KTM Ajo – +0.618
7.Darryn Binder (RSA) Husqvarna – +0.873
8.Izan Guevara (ESP) CFMOTO – 1:35.314 (Q1)