Pelumba pasukan Ducati Lenovo, Enea Bastianini berjaya mengatasi rekod rasmi MotoGP Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang dengan catatan masa (tidak rasmi) 1:57.134. Rekod rasmi di Litar Sepang adalah 1:57.491 dan pada hari kedua sesi ujian pra-musim, lima pelumba berjaya mengatasi rekod tersebut, iaitu Enea Bastianini, Jorge Martin, Brad Binder, Aleix Espargaro dan Pecco Bagnaia.
Gembira dengan prestasi pada hari ini, Bastianini berkata,
“Pagi ini kami menguji aero, tetapan dan ekzos baru dan turut berada dalam senarai yang perlu saya lakukan hari ini adalah untuk cuba membuat masa terpantas (time attack). Pada waktu tengah hari saya cuba lagi membuat pusingan terpantas namun cuaca terlalu panas, jadi saya teruskan dengan menguji (bahagian tersebut). Saya rasa segalanya baik.”
“Aero yang baru ini bagus. Tentunya satu perkara yang positif untuk saya dan Pecco. Untuk Jorge (Martin), mungkin kerana gaya tunggangannya sedikit berbeza, dia tidak berapa gemar. Bagi saya 80% masa di litar bersama aero baru lebih baik dari sebelum ini.”
Bastianini membuat catatan masa terpantas dengan ‘fairing’ yang baru,
“Saya lakukan dengan fairining dan ekzos baru. Bagi saya secara keseluruhan pakej 2024 adalah jentera yang lebih baik. Cuma perlu memperbaiki sedikit bahagian ‘throttle’ kerana sedikit pelik.”
Turut berkata untuj ujian pra-musim kali ini beliau lebih yakin dari tahun sebelum ini,
“Saya lebih konfiden. Tahun lepas saya dengan pasukan yang baru, jentera baru, cara kerja dalam pasukan juga baru. Tahun ini, saya lebih tahu apa yang perlu di jangkakan.”
“Jentera 2024 adalah jentera yang baik. Saya sudah rasakan ketika pertama kali mencubanya di Valencia. Jadi, ini adalah permulaan yang bagus”
Pelumba Itali tersebut sekali lagi dilihat sangat pantas selepas berjaya mendahului catatan masa, namun hilang kawalan tayar hadapan di selekoh 5.
“Saya hilang kawalan di selekoh 5, selepas itu saya tahu saya perlu bertenang.”
Disoal sama ada berkemungkinan untuk mengatasi lagi catatan masa dengan rekod 1:56, kata Bastianini,
“Ya, ada kemungkinan. Objektif saya adalah untuk membuat catatan masa terpantas sebelum tiba di Qatar. Saya akan mencuba lagi esok, namun perlu juga melihat keadaan.”
Bagi rakan sepasukan, Pecco Bagnaia, beliau turut menguji bahagian yang sama hari ini, dan gembira dengan apa yang dilakukan oleh Enea.
“Saya gembira untuk dia. Catatan masa 1’57 adalah sangat laju. Saya tidak sabar untuk melakukan dua ‘time attack’ esok. Mungkin kita akan dapat melihat catatan masa 1:56”
14 Jan 2025, 15:00 PM GMT +8
Launch Trackhouse Racing MotoGP