Ducati kuasai carta MotoGP 2025

Pusingan kedua Kejuaraan Dunia MotoGP 2025 bakal berlangsung hujung minggu ini di Litar Termas de Río Hondo, Argentina, dengan sesi latihan akan dimulakan pada malam Jumaat sekitar pukul 8 malam (waktu tempatan).

Sedutan minggu lalu pada perlumbaan pembukaan di GP Thailand, legenda MotoGP, Marc Marquez, mencuri tumpuan dengan kemenangan berganda dalam perlumbaan Sprint dan Grand Prix. Namun, kejutan terbesar datang daripada adiknya, Alex Marquez, yang menampilkan aksi luar biasa selepas menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang sesi ujian pramusim. Meskipun memberikan saingan sengit kepada abangnya, Alex hanya mampu menamatkan perlumbaan di tempat kedua.

Sementara itu, juara bertahan, Francesco ‘Pecco’ Bagnaia, yang dijangka memberi cabaran utama kepada dua beradik Marquez, menghadapi kesukaran mengawal jenteranya. Walaupun berada dalam kelompok pelumba terbaik, Bagnaia tidak dapat memenuhi jangkaan ramai apabila bergelut untuk menandingi kepantasan Ducati Lenovo Team.

Dalam perkembangan lain, Juara Dunia 2024, Jorge Martin terpaksa menarik diri daripada perlumbaan pembukaan selepas mengalami kecederaan ketika sesi latihan sebelum GP Thailand. Keadaan ini menyebabkan pelumba Sepanyol itu gagal mengutip sebarang mata dalam perlumbaan pertama musim ini.

Kedudukan Semasa MotoGP 2025

Kedudukan Pelumba:

  1. Marc Márquez (Ducati Lenovo Team) – 37 mata
  2. Álex Márquez (BK8 Gresini Racing MotoGP) – 29 mata
  3. Francesco Bagnaia (Ducati Lenovo Team) – 23 mata
  4. Franco Morbidelli (Pertamina Enduro VR46 Racing Team) – 18 mata

Kedudukan Pasukan:

  1. Ducati Lenovo Team – 60 mata
  2. BK8 Gresini Racing MotoGP – 32 mata
  3. Pertamina Enduro VR46 Racing Team – 24 mata
  4. Trackhouse MotoGP Team – 17 mata
  5. Red Bull KTM Factory Racing – 14 mata

Perhatian kini beralih ke GP Argentina, yang akan berlangsung dari 14 hingga 16 Mac ini. Dengan Marc Márquez yang mengungguli carta ketika ini setelah mendominasi perlumbaan pertama, Álex dan Bagnaia pastinya akan berusaha untuk mencabar kedudukannya. Dalam masa yang sama, peminat juga menantikan tarikh rasmi Martin dapat kembali bersaing selepas kecederaannya.

Adakah dominasi Ducati akan berterusan, atau ada pasukan lain yang mampu memberi kejutan di Argentina? Semua persoalan ini bakal terjawab hujung minggu ini di Termas de Río Hondo.

Berikut merupakan jadual bagi aksi GP Argentina:

Baca juga :

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related