Drama Saat Akhir, Norris Sambar Pole Di Madrid!

Pusingan kelayakan Grand Prix Sepanyol 2026 berakhir dengan penuh dramatik apabila Lando Norris mempamerkan pemanduan luar biasa untuk merampas pole position di saat akhir dengan menewaskan pendahulu kejuaraan F1, Kimi Antonelli, dengan perbezaan tipis 0.011 saat.

Norris yang mencatatkan masa 1 minit 31.824 saat menyifatkan pusingan tersebut sebagai “satu daripada lap terbaik dalam kerjayanya” selepas mengesahkan pole pertamanya di Madrid dan yang ketiga buat dirinya pada musim 2026.

Antonelli meletakkan Mercedes di barisan hadapan di tempat kedua, manakala Max Verstappen yang mempunyai masalah ‘engine deployment’ di sektor terakhir terpaksa berpuas hati di petak ketiga, 0.140s di belakang Norris.

Lewis Hamilton yang memegang provisional pole awal buat Ferrari menamatkan sesi di kedudukan keempat (0.189s dari pole), mengekori rapat rakan sepasukannya, Charles Leclerc, di petak kelima dengan jurang hanya 0.006s di belakang Lewis.

George Russell pula tewas di saat akhir dan sekadar berpuas hati di tempat keenam, diikuti Oscar Piastri dan Liam Lawson di tempat ketujuh dan kelapan.

Franco Colapinto mencuri tumpuan apabila menyelamatkan jentera Alpine yang hilang kawalan di selekoh La Monumental pada Q2 untuk mengunci petak kesembilan, manakala pelumba muda Racing Bulls, Arvid Lindblad, melengkapkan senarai 10 teratas.

Keputusan Sesi Kelayakan (Top 10) GP Sepanyol 2026:

  1. Lando Norris (McLaren) – 1:31.824s
  2. Kimi Antonelli (Mercedes) – +0.011s
  3. Max Verstappen (Red Bull) – +0.140s
  4. Lewis Hamilton (Ferrari) – +0.189s
  5. Charles Leclerc (Ferrari) – +0.195s
  6. George Russell (Mercedes) – +0.325s
  7. Oscar Piastri (McLaren) – +0.470s
  8. Liam Lawson (Red Bull) – +0.492s
  9. Franco Colapinto (Alpine) – +1.079s
  10. Arvid Lindblad (Racing Bulls) – +1.217s

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related