Aksi yang cukup positif dipamerkan oleh Pasukan Ducati Lenovo di Grand Prix Malaysia 2024 setelah mempunyai dua pelumba di atas podium bagi kategori MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang pada petang Ahad.
Francesco Bagnaia yang merupakan juara Grand Prix Malaysia 2024 dan Enea Bastianini yang melengkapkan podium di tempat ketiga berjaya mencatat rekod baharu buat Ducati selepas mencatat 18 belas kemenangan dalam satu musim MotoGP.
Meskipun, semasa permulaan semula perlumbaan, kedua-dua pelumba itu berdepan saingan masing-masing apabila Bagnaia yang mempunyai misi wajib menang dalam pertempuran sengit bersama Martín,dan Bastianini yang terpaksa bergelut melepasi Franco Morbidelli (Prima Pramac Racing) sebelum berjaya mencuri kedudukan ketiga perlumbaan apabila Marc Marquez terlibat dalam kemalangan.
Bagnaia turut melakarkan sejarah apabila melengkapkan podium MotoGP dengan kemenangan ke-10 dalam kerjayanya sekaligus menjadi pelumba keenam dalam kategori premiere class dengan rekod tersebut dalam satu musim.
Luigi Dall’Igna (Pengurus Besar Ducati Corse) :
“Jelas sekali pemikiran kami terlebih dahulu kepada Komuniti Valencian, yang sedang menghadapi detik yang sangat dramatik. Mereka memerlukan segala sokongan, dan saya berharap keadaan akan segera pulih disana. Mengenai perlumbaan, ia sangat hebat. Pertarungan antara Pecco dan Jorge pada pusingan awal sangat mengagumkan.
“Kedua-dua pelumba menunggang dengan sempurna, dan saya harus mengucapkan tahniah kepada mereka atas prestasi mereka yang luar biasa. Sangat gembira melihat Enea juga di podium, walaupun dia menghadapi masalah dengan bahagian hadapan. Dia melakukan kerja yang cemerlang dengan mendapatkan keputusan terbaik, dan kami akan cuba meletakkannya dalam keadaan terbaik untuk beraksi pada perlumbaan akhir musim ini.
Selepas berakhirnya Grand Prix ke-19 pada musim ini, Bagnaia berada di kedudukan kedua dalam kedudukan kejuaraan dengan jurang 24 mata kepada Martín. Mankala, Bastianini pula berada di tempat keempat, hanya satu mata di belakang Marc Márquez.
Acara terakhir musim MotoGP 2024 dijadualkan akan berlangsung pada 15-17 November di ‘Circuit de Barcelona – Catalunya’ Montmeló, yang dipilih sebagai lokasi baharu buat pusingan akhir selepas peristiwa tragis yang menimpa komuniti Valencian sejak awal minggu ini.