Debut ATC: Adam Danial, Sharf Muhriz Sasar Keputusan Terbaik

Kejuaraan Idemitsu Asia Talent Cup (ATC) membuka tirai musim di Buriram, GP Thailand, seiring dengan pembukaan musim Kejuaraan Dunia MotoGP. Dua pelumba muda Malaysia, Adam Danial #19 dan Sharf Muhriz #6, turun beraksi dalam saingan musim ini. Pusingan pertama ini merupakan penampilan sulung buat Adam dan Sharf di Kejuaraan Asia Talent Cup.

Hari pertama di litar berlangsung mencabar buat kedua-dua pelumba negara. Dalam sesi FP1, Adam Danial menamatkan sesi di P16 dengan catatan masa 1:49.350 (+2.494s) dari pendahulu, Ryoto Ogiwara, manakala Sharf Muhriz berada di P17 dengan catatan 1:49.470 (+2.614s).

Sesi FP2 menyaksikan Ogiwara terus mengungguli carta masa, sementara kedua-dua pelumba negara berjaya memperbaiki catatan masa. Adam Danial mencatat peningkatan, menamatkan sesi di P15 dengan masa 1:48.047, manakala Sharf Muhriz di P17 dengan 1:48.663.

Gambar: ZK Racing

Adam Berpuas Hati, Sharf Kecewa dengan Hari Pertama

Walaupun keputusan belum memihak kepada mereka, Adam Danial tetap positif, terutama kerana ini merupakan debut sulungnya di ATC.

“Kesimpulan hari ini, Adam bangga kerana berjaya memperbaiki catatan masa. Ini kali pertama Adam di Asia Talent Cup, dan saya lihat pelumba-pelumba Jepun agak laju di trek ini. Hari pertama, saya cuba mencari keserasian dengan jentera yang lebih berkuasa tinggi. Adam cuba memperbaiki catatan dari 1:49 ke 1:48. Untuk Perlumbaan 1 esok, Adam berharap dapat berada dalam kelompok lima terbaik.”

Gambar: ZK Racing

Bagi Sharf Muhriz, hari pertama tidak berjalan seperti yang diharapkan. Masalah pada jentera di FP1 serta insiden terbabas di FP2 menjejaskan keyakinannya.

“Hari ini adalah hari yang malang bagi saya kerana di FP1 saya mengalami masalah downshifting, dan di FP2 pula saya terbabas di awal pusingan. Saya tidak dapat push 100% dan sangat kecewa dengan prestasi hari ini berbanding sesi ujian minggu lepas. Saya akan cuba kurangkan kesilapan dan tidak mengulanginya. Saya sudah kenal pasti apa yang perlu diperbaiki, dan esok saya akan berikan 100%.”

Perlumbaan 1 Dijadualkan Petang Esok

Pelumba-pelumba akan kembali ke trek esok untuk sesi kelayakan dan Perlumbaan 1. Perlumbaan 1 dijadualkan bermula pada jam 5.10 petang waktu Malaysia. Nantikan aksi mereka di Buriram!

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related