Pelumba CFMoto Aspar, David Alonso memastikan kedudukan pertama menjadi miliknya selepas berjaya memintas Adrian Fernandez di saat-saat akhir dalam perlumbaan sesi latihan 1 Moto3 di Litar Antarabangsa Sepang PETRONAS (PSIC), sebentar tadi.
Awal perlumbaan sesi latihan satu, menyaksikan kedudukan Pelumba Leopard Racing, Adrian Fernandez sukar digugat apabila beliau memastikan kedudukan pertama dalam genggamannya selepas menamatkan pusingan pertama dengan catatan masa 2:11.701 saat.
Namun perlumbaan terpaksa dihentikan buat sementara waktu sebelum disambung semula dengan baki enam minit di atas litar dimana Pelumba Honda Asia, Taiyo Furusato berjaya memintas kedudukan Pelumba Liqui Moly Husqvarna Intact GP,Collin Veijer untuk berada di tempat ketiga.
Manakala, Fernandez berjaya mengekalkan kedudukannya sebelum berbaki dua minit sahaja lagi, Juara Dunia, Alonso mula bertindak dengan lebih garang dan berhasil memintas di pusingan terakhir bagi mengungguli kedudukan dengan catatan masa 2:11.241 saat dengan kelebihan 0.216s di hadapan A. Fernández.
Fernandez terpaksa berpuas hati dengan kedudukan kedua dengan 2:11.457 saat dan tempat ketiga diperolehi Furusato dengan catatan masa 2:11.707 saat.
Berikut merupakan keputusan aksi sesi latihan 1 bagi kategori Moto3 yang berlangsung pada pukul 1.15 petang di SIC pada Jumaat :