Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

David Alonso Ke Moto2 Musim Hadapan Bersama CFMOTO Inde Aspar Team

Pendahulu Kejohanan Dunia Moto3, Davis Alonso telah sah akan ke kategori Moto2 pada 2025 bersama pasukan CFMOTO Inde Aspar. Alonso kini mendahului pungutan mata Kejohanan Dunia Moto3 dengan 75 mata dihadapan berbanding pelumba kedua dengan baki lapan perlumbaan untuk tahun ini. Ini menjadikan pelumba pertama yang bersama pasukan Aspar sejak Spanish Championship hingga Moto2.

Bagi Alonso, ini akan menjadi musim kelapannya bersama pasukan Aspar sejak di membuat penampilan sulung bersama pasukan itu sejak 2018 sejak Spanish Championship. Alonso telah bergelar juara tiga kali termasuk Spanish 85GP 2018, European Talent Cup 2020, Red Bull Rookies Cup 2021.

Pada tahun pertama penyertaan Alonso dalam Moto3 pada 2023, beliau telah pun memenangi 4 perlumbaan dan keseluruhan 8 podium untuk berada pada kedudukan ke-3 kejuaraan hanya dipisahkan 29 mata dari juara. Pada tahun ini, daripada 12 perlumbaan (sebelum San Marino) hanya empat pusingan beliau tidak memiliki podium.

Gambar: CFMOTO Inde Aspar Team

“Saya rasa ini masa yang sesuai untuk naik ke Moto2. Tahun ini kami pamer kekuatan kami dan kini, matlamatnya adalah untuk naik ke kategori pertengahan dengan gelaran Moto3. Saya berbangga kerana dapat mengorak langkah ini bersama Pasukan CFMOTO Aspar, ia lebih daripada satu pasukan bagi saya, ia adalah keluarga kedua saya. Mereka mempercayai saya pada penghujung 2017, dalam Spanish Championship, ketika saya berumur sebelas tahun, dan kini kami telah mencapai segala-galanya. Saya mahu terus berkembang bersama mereka dan mendapat lebih banyak kejayaan.” – David Alonso

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related