Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

Penutup Moto3 yang bermakna buat David Alonso, raih kemenangan ke-14 untuk musim ini

Sejarah dicipta oleh pelumba muda dari Sepanyol, David Alonso yang berjaya memenangi perlumbaan pusingan akhir Moto3 Grand Prix Barcelona sekali gus menjadikan beliau sebagai pelumba dengan kemenangan terbanyak dalam satu musim.

Aksi pada petang Ahad menyaksikan penampilan pelumba CFMoto Aspar Racing dalam penutup musim itu jelas sukar disekat dengan penampilan yang begitu meyakinkan dan semangat #RacingForValencia yang dipamerkan untuk memenangi perlumbaan tersebut setelah melakar sejarah dengan catatan masa 0.147 saat di hadapan.

Saingan sengit yang diberikan antara pelumba bermula dari awal perlumbaan dengan Alonso yang memulakan saingan sempurna dari kedudukan posisi pole, mendahului Ivan Ortola (MT Helmets – MSI) dan Daniel Holgado (Red Bull GasGas Tech 3).

Aksi yang penuh debaran acapkali berlaku di kedudukan hadapan dengan kedudukan pelumba yang sering bertukar dengan Adrian Fernández (Leopard Racing) muncul sebagai pencabar utama, bersaing sengit dengan Holgado.

Alonso yang berada di kedudukan kelapan perlahan-lahan mengintai ruang yang ada ketika pertempuran antara Ortola dan Munoz untuk mara ke depan dan melonjak ke tempat kedua sebelum berjaya memintas semula untuk menamatkan perlumbaan di kedudukan pertama dan merangkul kemenangan ke-14 nya.

“Terima kasih banyak kerana menyokong kami. Ketika saya berada di atas jentera, saya dapat melihat semua penyokong saya, dan itu membuatkan saya menolak jentera dengan had kelajuan hingga maksimum di pusingan terakhir. Hari ini, saya ingin mengucapkan selamat tinggal kepada Moto3 dan motosikal yang memberikan segalanya kepada saya dengan perasaan yang positif.

Ianya tidak mudah dalam perlumban hari ini, dan saya cuba memberikan fokus terbaik saya dan tumpuan pada pusingan terakhir dengan memberikan yang terbaik,” katanya di parc ferme.

Dalam pada itu, pelumba berusia 18 tahun itu turut berkongsi mengenai perasaannya yang ketika ini bercampur baur apabila mengulas mengenai masa depannya di kategori Moto2 pada musim depan.

“Saya gembira dan sedih pada masa yang sama kerana apa yang saya impikan selama ini sudah sampai ke pengakhirannya. Satu lagi bab baru dalam kehidupan bakal bermula, dan ianya merupakan satu pengalaman yang indah.

Saya sentiasa bersyukur dengan segala pengalaman dan peluang yang saya lalui sepanjang kehidupan ini, dan saya ingin berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjadikan perjalanan ini bermakna dan terima kasih kerana mempercayai saya lebih daripada saya percaya kepada diri sendiri,” katanya lagi.

Berikut merupakan keputusan keseluruhan bagi pusingan akhir perlumbaan Moto3 di Litar de Barcelona-Catalunya pada petang Ahad:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related