Danish membara sesi hari Jumaat di GP Catalunya, mahu kekal konsisten

Isyarat yang cukup jelas dari Hakim Danish apabila tampil lebih yakin dalam sesi Latihan Bebas 1 dan sesi Latihan sebelah petang. Hakim Danish dari pasukan AEON Credit – MT Helmets – MSI catat masa terpantas dalam sesi hari Jumaat di GP Catalunya dengan catatan masa 1.47.478 dalam Latihan Bebas 1 dan buat catatan masa lebih baik dalam sesi Latihan dengan 1.46.943.

Dalam sesi Latihan Danish berjaya catat masa terpantas di pusingan ke-13 daripada keseluruhan 16 pusingan. Dalam sesi pagi, beliau catat masa terbaik di pusingan ke-16 daripada 17 pusingan dalam sesi yang sama.

Ketika ditemubual oleh MotoGP, Danish berkongsi perasaan yakin dengan jentera.

“Syukur Alhamdulillah hari ni saya berjaya mendapatkan P1 di dua practice dan saya berasa sangat yakin dengan jentera saya dan litar Catalunya ini. Tadi saya terus fokus dan cuba push setiap lap dan berjaya catat masa terpantas. Untuk esok saya akan keep mentaliti yang sama macam sesi Jumaat dan mengharapkan saya dapat lakukan yang terbaik seperti hari ini untuk esok dalam qualifying.”

Sewaktu pertemuan dengan pengurus Hakim Danish di Selangor, Zulfahmi Khairuddin berkongsi mengenai prestasi Danish yang beliau sangat gembira tinggal di Eropah dan beliau berada pada tahap kondisi fizikal dan mental terbaik.

Ini keputusan Hakim Danish dalam sesi hari Jumaat:

Sesi Latihan Bebas 1
Sesi Latihan

Anda boleh menonton MotoGP secara langsung di SPOTV NOW sebuah aplikasi dari SPOTV Asia yang bawakan secara langsung perlumbaan MotoGP dihujung jari anda. Dapatkan pakej motorsports disediakan. Ini ikuti waktu siaran langsung waktu Malaysia.

Jadual MotoGP GP Catalunya 2026

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related