Redbull MotoGP Rookies Cup sampai ke penghujung musim apabila kesemua pelumba akan melengkapkan empat belas perlumbaan dengan tujuh pusingan keseluruhan. Bagi pelumba negara, Hakim Danish beliau hadir dengan sasaran tinggi untuk terus berada di podium.
Selepas mencuri tumpuan dan mencipta sejarah pada perlumbaan minggu lepas dengan memenangi perlumbaan di Aragon, anak muda kelahiran Terengganu mahu meneruskan aksi cemerlang di Misano World Circuit Marco Simoncelli untuk sekali lagi memenangi podium.
Baca juga: Kejayaan Hakim Danish disini
Hakim Danish kini berada pada kedudukan ke-6 keseluruhan dengan 114 mata dengan perbezaan 88 mata dengan pendahulu keseluruhan, Alvaro Carpe. Dua perlumbaan pada Sabtu dan Ahad merupakan misi sukar namun 50 mata maksimum ditawarkan untuk pelumba.
Dalam sesi latihan bebas dan kelayakkan Danish catat masa 1:45.751 (P3) bagi Free Practice 1, 1:46.176 (P9) bagi Free Practice 2, manakala dalam sesi Qualifying sedikit perlahan dari sesi FP1 dengan 1:45.912 di P11
Bermula di grid ke-11 antara cabaran bagi Danish namun beliau meminta semua peminat permotoran untuk doakan banyak lagi kejayaan untuk negara. Saksikan Perlumbaan Redbull MotoGP Rookies Cup seperti berikut:
Waktu Perlumbaan:
07 September 2024 – Race 1: 10.10 malam (waktu Malaysia)
08 September 2024 – Race 2: 2:35 petang (waktu Malaysia)
Perlumbaan boleh ditonton di:
Live Facebook Link :
https://www.facebook.com/share/hGbSkCKE743yYoii/
Live Red Bull TV :
https://www.redbull.com/int-en/live/red-bull-motogp-rookies-cup-2024-misano-race-13