Pasaran pemandu Formula 1 bagi musim 2027 semakin hangat apabila beberapa pasukan utama mengesahkan barisan pemandu mereka, manakala beberapa kerusi penting masih menjadi perbualan hangat.
Menjelang GP Belanda, kita dikejutkan dengan tiga berita tergempar berkenaan kontrak pemandu. Bahkan hari ini juga, kita sekali lagi mendapat pengesahan mengenai kerusi terakhir untuk pasukan Alpine. Berikut adalah perkembangan utama perpindahan pemandu bagi tahun 2027.
Max Verstappen Kekal Bersama Red Bull
Spekulasi mengenai perpindahan Verstappen akhirnya terjawab. Juara dunia itu mengesahkan komitmen jangka panjang bersama Red Bull, sekali gus menutup pintu buat Mercedes dan Aston Martin.
Williams Kekalkan Albon dan Sainz
Williams memilih jalan kestabilan dengan melanjutkan kontrak Alex Albon dan membariskan Carlos Sainz sebagai teraju utama projek jangka panjang pasukan.
Alpine Sahkan Franco Colapinto
Franco Colapinto diberi kepercayaan penuh untuk memandu bersama Pierre Gasly bagi musim 2027 selepas mempamerkan prestasi konsisten sejak menyertai pasukan.

Dengan pengumuman Colapinto sebagai pemandu rasmi Alpine, tujuh pasukan kini mempunyai barisan yang lengkap untuk tahun 2027, manakala hanya Red Bull telah mengesahkan salah satu pemandunya.
Peminat kini menumpukan perhatian kepada Aston Martin, Haas, dan Racing Bulls. Keputusan Fernando Alonso sama ada mahu terus berlumba selepas musim 2026 menjadi pemangkin utama yang akan menentukan pergerakan baki kerusi kosong bagi musim 2027.


