Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

Castrol Honda LCR Tampil Dengan Wajah Retro Namun Segar

Mungkin anda masih ingat dengan jentera Castrol Honda VTR 1000 SP-2, Colin Edwards itulah yang boleh dikaitkan dengan jentera Johann Zarco 2024 yang baru dilancarkan semalam secara maya. Warna hijau Castrol merupakan warna utama bagi musim ini.

Zarco yang sebelum ini bersama Ducati selama empat musim mengambil keputusan yang jelas beralih ke pasukan LCR dengan menggunakan jentara Honda RC213Vs musim ini. Juara dunia Moto2 sebanyak dua kali pada 2015 dan 2016 telah mengikat kontrak selama dua musim bermula 2024 sekitar bulan Ogos 2023.

Saya sangat gembira, ini adalah peluang saya untuk musim baru dan gunakan segala pengalaman saya untuk berikan persembahan terbaik kepada Honda. Jika kami lakukan dengan terbaik kami mampu bersaing untuk podium, kenapa tidak.”

– Johann Zarco

Sebelum ini Zarco menjelaskan pada Canal + TV tentang situasi perkembangan perpindahan beliau dalam pasukan factory Honda sebelum ke LCR.

“Sah saya bersama Lucio. Kertas kerja Honda tidak dinyatakan dengan lengkap untuk dua musim mendatang. Besar kemungkinan saya bersama pasukan factory satu musim dan kembali ke LCR satu lagi musim tetapi tidak cukup jelas. Lebih baik saya gunakan tenaga saya dengan projek dalam LCR untuk dua tahun dan bekerja sehabis baik dengan penglibatan Honda dengan pasukan Lucio seperti mana Ducati dan Pramac.”

– Johann Zarco

Zarco turut menambah, tidak ada keperluan untuk mencari pasukan rasmi namun ia baik untuk mendapat nama yang prestij tetapi tiada tawaran yang jelas. Factory tidak melihat Zarco sebagai projek jangka masa panjang atau dua musim sekurang-kurannya dan Zarco memilih untuk fokus dengan pasukan Cecchinello.

Zarco meletakkan sasaran musim ini untuk berada dalam kedudukan 10 terbaik setiap perlumbaan. Dan menurutnya ini akan mengubah cara Honda bangunkan jentera dengan caranya. Zarco juga tidak menolak kemungkinan yang beliau akan menjadi pelumba terbaik Honda.

Dalam sesi Sepang Test pada 6 hingga 8 Februari lepas Zarco mencatat kedudukan ke-10 pada FP1, tempat ke-12 dalam FP2 dan tempat ke-16 pada hari ketiga. Ini catatan masa Zarco dalam ujian pra-musim Sepang Test 2024.

Sesi Masa Gap Pusingan
FP1 – 06 Feb 1:58.670 0.719 37/56
FP2 – 07 Feb 1:58.011 0.877 15/41
FP3 – 08 Feb 1:57.942 1.260 13/41

Gambar penuh pelancaran jentera Johann Zarco:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related