Carta keseluruhan setakat GP Republik Czech

Kejuaraan MotoGP 2025 semakin panas dengan persaingan sengit, dan kedudukan carta puncak kini menunjukkan Marc Márquez kekal menguasai pentas utama. Berikut merupakan carta keseluruhan setakat perlumbaan GP Republik Czech :

Klasifikasi Pelumba

  • Marc Márquez (Ducati Lenovo Team) mendahului kejuaraan dengan 381 mata, jauh meninggalkan pencabar terdekatnya.
  • Adiknya, Álex Márquez (BK8 Gresini Racing MotoGP), berada di tempat kedua dengan 261 mata.
  • Francesco Bagnaia pula mengekalkan tempat ketiga dengan 213 mata.
  • Marco Bezzecchi (Aprilia Racing) mengikuti rapat di tempat ke-4 dengan 156 mata, manakala Fabio di Giannantonio (Pertamina Enduro VR46 Racing) mengisi tempat ke-5 dengan 142 mata.

Kejuaraan Pengeluar (Constructors’)

  • Ducati terus mengukuhkan kedudukannya di tempat pertama dengan 430 mata, melebihi Aprilia di tangga kedua dengan 187 mata.
  • Kumpulan pengeluar lain seperti KTM (175 mata), Honda (147 mata), dan Yamaha (133 mata) mengikuti di belakang.

Kejuaraan Pasukan (Team)

  • Ducati Lenovo Team memimpin carta pasukan dengan 594 mata, jauh meninggalkan pencabar terdekat BK8 Gresini Racing MotoGP dengan 358 mata.
  • Pertamina Enduro VR46 Racing Team berada di tempat ketiga dengan 281 mata, diikuti Red Bull KTM Factory Racing (192 mata) dan Aprilia Racing (173 mata).

Baca juga:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related