Saingan MotoGP 2026 kini memasuki pusingan Eropah apabila paddock tiba di Le Mans bagi Grand Prix Perancis yang dijangka sekali lagi menghadirkan pelbagai drama dan aksi mendebarkan sepanjang hujung minggu perlumbaan.
Selepas mencatat kehadiran penonton rekod musim lalu serta kejayaan pelumba tuan rumah, perlumbaan di Le Mans sekali lagi menjadi antara acara paling dinanti peminat MotoGP musim ini.
Tumpuan utama pastinya terarah kepada sama ada Marco Bezzecchi mampu kembali ke landasan kemenangan, selain peluang Alex Marquez memburu kemenangan berturut-turut pertama dalam karier MotoGPnya.
Dalam masa sama, peminat Perancis berharap hero tempatan Fabio Quartararo dan Johann Zarco mampu mencipta kejutan di laman sendiri, manakala Marc Marquez turut memburu kemenangan Grand Prix pertamanya musim ini.
Aksi hujung minggu bermula pada Khamis menerusi sesi media rasmi bersama Alex Marquez, Zarco dan Quartararo sebelum jentera turun ke litar pada Jumaat. Sesi latihan bebas MotoGP akan bermula jam 10:45 pagi waktu tempatan (3:45 petang waktu Malaysia) sebelum sesi Practice penting pada jam 3 petang (9:00 malam waktu Malaysia) menentukan pelumba yang layak terus ke Q2.
Sabtu pula menjanjikan aksi lebih sengit dengan sesi kelayakan MotoGP bermula jam 10:50 pagi(4:50 petang waktu Malaysia) sebelum perlumbaan Tissot Sprint sejauh 13 pusingan berlangsung pada jam 3 petang (9:00pm Waktu Malaysia)
Kemuncak hujung minggu pastinya perlumbaan utama MotoGP pada Ahad jam 2 petang waktu tempatan, dengan Le Mans dijangka sekali lagi menghadirkan perlumbaan penuh dramatik seperti musim lalu. Saksikan aksi penuh MotoGP Perancis di Spotv.my


