Seminggu selepas aksi Grand Prix Thailand, Brad Binder muncul pelumba Red Bull KTM Factory Racing yang mengutip mata tertinggi dalam pusingan kedua terakhir MotoGP 2024 di Litar Antarabangsa Sepang PETRONAS (PSIC) pada Sabtu.
Brad Binder tampil dengan keputusan cemerlang selepas menduduki tempat ke-7 dalam Sprint 10 pusingan di litar sepanjang 5.5km dan Jack Miller berada di tempat ke-8 sementara Celestino Vietti dari KTM GP Academy berjaya mendapat kedudukan ketiga dalam kelayakan Moto, memastikan tempat di barisan hadapan.
Dengan keadaan Paddock yang menghadapi cuaca panas dan lembap, Pasukan Red Bull KTM Factory Racing lebih optimistik apabila berhadapan litar panjang dan mencabar dengan menggunakan strategi yang bagus untuk dua laluan lurus di litar Sepang.
Pada hari Jumaat, Brad Binder dan Jack Miller kedua-dua pelumba itu hampir meloloskan diri ke pusingan kelayakan Q2 apabila Jack berjaya dengan P9, sementara Brad juga hampir meraih tempat teratas namun kurang dari satu saat memisahkan beliau dengan P13.
Kemudian Binder berjaya mendapat keputusan terbaik di kelayakan Q1 untuk menduduki tempat kedua dan bersaing di Q2. Selepas sesi penentu,Miller berjaya meraih tempat ke-7 sementara Binder di tempat ke-10, dan mereka berada di grid dalam posisi yang sama untuk Sprint pada petang Sabtu.
Permulaan yang pantas pada beberapa pusingan pertama, namun tidak dapat dikekalkan apabila cuaca tidak menyebelahinya dengan hujan renyai. Brad tidak menyerah kalah dengan mendahului Miller yang bertarung rapat dengan Pedro Acosta, dan pelumba Australia itu berjaya meraih dua mata. Manakala, Brad pula membawa pulang 3 mata selepas berada di tempat ke-7.
Brad Binder:
“Keputusan hari ini jauh lebih baik dari semalam, dan kami masuk ke litar dengan konfigurasi terbaik. Berjaya melayakkan diri ke Q1 dan kami cuba yang terbaik dalam kelayakan Q2. Perlumbaan Sprint ini agak mencabar kerana cuaca amat panas tetapi cengkaman lebih baik berbanding tahun lalu. Saya ingin menamatkan perlumbaan dengan keputusan yang lebih laju jadi kami akan terus berusaha untuk itu“
Jack Miller:
“Pertarungan rapat dengan Pedro lagi! Agak kecewa ia bukan di kedudukan yang lebih tinggi… tetapi persaingan sengit dan masa kelayakan saya sangat berpuas hati dengan keputusan itu. Kami ada sedikit ‘kereta api KTM’ di sana. Ia adalah perlumbaan yang baik. Saya bermula dengan baik tetapi tidak mengawal brek dengan cukup kuat dan tidak dapat membuka peranti depan, yang memberi ruang di selekoh kedua. Perlumbaan yang stabil selepas itu dan kami boleh berpuas hati dengan keputusan tersebut.”
Francesco Guidotti (Pengurus Pasukan Red Bull KTM Factory Racing):
“Akhirnya berjaya ke Q2 dengan kedua-dua pelumba, dan ini adalah perkembangan positif selepas beberapa perubahan pada hari Jumaat dan Sabtu pagi. Namun, mereka terperangkap dalam kesesakan di selekoh pertama kerana susun atur di sini agak pelik dan sangat ketat di beberapa tempat. Kami perlu lebih bijak esok untuk mendapat kedudukan yang lebih baik.”
Keputusan Kelayakan Grand Prix MotoGP Malaysia
- Francesco Bagnaia (ITA) Ducati 1:56.337
- Jorge Martin (ESP) Ducati +0.216
- Alex Marquez (ESP) Ducati +0.938
- Jack Miller (AUS) Red Bull KTM Factory Racing +1.221
- Brad Binder (RSA) Red Bull KTM Factory Racing +1.545
- Pedro Acosta (ESP) GASGAS 1:57.839 (Q1)
- Augusto Fernandez (ESP) GASGAS 1:59.006 (Q1)
Keputusan Sprint Grand Prix MotoGP Malaysia
- Jorge Martin (ESP) Ducati 19:49.230
- Marc Marquez (ESP) Ducati +0.913
- Enea Bastianini (ITA) Ducati +2.010
- Brad Binder (RSA) Red Bull KTM Factory Racing +11.015
- Jack Miller (AUS) Red Bull KTM Factory Racing +11.834
- Pedro Acosta (ESP) GASGAS +12.091
- Augusto Fernandez (ESP) GASGAS +17.115