Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

Barisan ketua kru baru bagi MotoGP 2025

Musim baru menandakan pelbagai strategi dan barisan kru yang diperbaharui dalam mencapai misi yang disasarkan bagi MotoGP 2025.

Peranan yang dimainkan setiap kru pasukan jelas memberikan impak yang begitu penting dalam membawa kejayaan bukan sahaja bagi pelumba malah keseluruhan pasukan pengeluar secara tidak langsung.

Dengan prestasi pelumba di litar menjadi tumpuan dan sasaran bagi kru masing-masing, pihak MotoGP pada 3 Januari lalu telah mengeluarkan senarai gandingan pelumba dan ketua kru bagi musim ini. Berikut merupakan antara perubahan yang telah dilakukan dengan beberapa gandingan dan kru baharu.

Ducati Lenovo Team

  • Francesco Bagnaia dengan Christian Gabbarini
  • Marc Marquez dengan Marco Rigamonti

Pertamina Enduro VR46 Racing Team

  • Fabio Di Giannantonio dengan Massimo Branchini
  • Franco Morbidelli dengan Matteo Flamigni

Gresini Racing MotoGP

  • Alex Marquez dengan Donatello Giovanotti
  • Fermin Aldeguer dengan Frankie Carchedi

Aprilia Racing

  • Jorge Martin dengan Daniele Romagnoli
  • Marco Bezzecchi dengan Francesco Venturato

Trackhouse Racing

  • Raul Fernandez dengan Noé Herrera
  • Ai Ogura dengan Giovanni Mattarollo

Monster Energy Yamaha MotoGP

  • Fabio Quartararo dengan Diego Gubellini
  • Alex Rins dengan David Munoz

Prima Pramac Yamaha

  • Miguel Oliveira dengan Luca Ferraccioli
  • Jack Miller dengan Giacomo Guidotti

Factory Honda Team

  • Joan Mir dengan Santi Hernandez
  • Luca Marini dengan Christian Pupulin

LCR Honda Team

  • Johann Zarco dengan David Garcia
  • Somkiat Chantra dengan Klaus Nohles

Red Bull KTM Factory Racing

  • Brad Binder dengan Andres Madrid
  • Pedro Acosta dengan Paul Trevathan

Red Bull KTM Tech3

  • Enea Bastianini dengan Alberto Giribuola
  • Maverick Viñales dengan Manu Cazeaux

Perubahan yang telah dilakukan dijangka bakal membawa corak baharu bagi setiap pasukan sama ada di atas litar mahupun dari prestasi jentera pasukan masing-masing. Namun, tumpuan sudah pastinya diberikan kepada Juara Dunia 2024, Jorge Martin yang ketika ini bersama pasukan baru, Aprilia dan sudah pasti beliau memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan pasukan dan jentera baharunya selepas meninggalkan Pramac Racing.

Bukan itu sahaja, gandingan baharu antara Francesco Bagnaia dan Marc Marquez dari pasukan Ducati merupakan antara gabungan yang bakal diberikan perhatian sepanjang musim.

Saksikan sama ada perubahan besar ini mampu memberikan kelebihan kepada pelumba-pelumba ataupun sebaliknya dalam saingan musim baharu yang bakal membuka tirai di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand, dari 28 Februari hingga 3 Mac

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related