Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

Bakat baharu bakal mewarnai litar MotoGP 2025

Debaran menjelang perlumbaan MotoGP musim 2025 kian terasa dengan tumpuan yang sudah pasti diberikan sepenuhnya kepada barisan pelumba dan pasukan baharu yang bakal mewarnai litar tahun depan.

Tiada sebarang kejutan yang diberikan selepas senarai entri rasmi Kejuaraan Dunia MotoGP yang diumum menyaksikan seramai 22 pelumba musim ini kekal untuk musim depan.

Namun, terdapat sedikit perbezaan dengan penyertaan oleh bakat-bakat baharu dan penggunaan nombor plat yang digunakan oleh pelumba bagi musim depan dengan Pedro Acosta yang masih kekal dibawah pasukan Red Bull KTM Factory Racing disahkan bakal menukar nombor #31 nya kepada #37.

Manakala, tumpuan yang diberikan kepada nombor plat #1 yang masih menjadi perbincangan sama ada Juara Dunia musim 2024, Jorge Martin bakal menggunakan nombor tersebut bersama jentera Aprilianya mahupun tidak.Namun setakat ini, di dalam senarai beliau masih kekal bersama nombor #89.

Dalam pada itu, pasukan Honda dalam kategori pengeluar masih belum mempunyai kata putus mengenai penaja barunya yang bakal menggantikan Repsol dan ketika ini masih disenaraikan sebagai Honda HRC. Sementara itu, Pramac masih mengekalkan Prima sebagai penaja utama mereka dalam era Yamaha ini.

Pada 20 November lalu, Federation Internationale de Motocyclisme (FIM) telah mengeluarkan senarai pelumba sementara untuk Kejohanan Dunia FIM MotoGP 2025 dengan kategori utama MotoGP menyaksikan penyertaan pelumba terkenal seperti Johann Zarco, Fabio Quartararo, Francesco Bagnaia, dan Marc Marquez bersama pasukan ternama.

Moto2 dan Moto3 juga menampilkan barisan pelumba berbakat dari pelbagai negara, dengan tumpuan terhadap pembangunan bakat muda seperti Mario Suryo Aji dari Indonesia (Moto2) dan Tatchakorn Buasri dari Thailand (Moto3).

Maklumat lanjut boleh didapati di sini MotoGP.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related