Bagnaia berjaya jalani pembedahan, sasar kembali beraksi di GP Britain

Pelumba Ducati Lenovo Team, Francesco Bagnaia, berjaya menjalani pembedahan endoskopik fasciotomi pada lengan bawah kanan beliau pada Rabu di Itali.

Prosedur itu dilakukan oleh pasukan perubatan yang diketuai Profesor Luigi Tarallo dan diselia Profesor Fabio Catani di Klinik Ortopedik Policlinico di Modena. Pembedahan tersebut dilaporkan berjalan lancar tanpa sebarang komplikasi.

Juara dunia dua kali itu kini akan memanfaatkan tempoh rehat musim panas untuk menjalani proses pemulihan dan rehabilitasi sebelum menyasarkan kembali ke litar pada Grand Prix Britain, yang berlangsung di Litar Silverstone dari 7 hingga 9 Ogos.

Bagnaia ketika ini menghuni kedudukan kelapan keseluruhan dalam carta kejuaraan selepas separuh pertama musim berakhir. Antara pencapaian terbaiknya setakat ini ialah meraih empat podium berturut-turut dalam perlumbaan utama (Ahad) serta muncul juara dalam Perlumbaan Sprint Grand Prix Republik Czech.

Walaupun berdepan musim yang mencabar, pelumba bernombor #63 itu hanya ketinggalan 65 mata di belakang pendahulu Kejuaraan Dunia dan berharap dapat meneruskan momentum positifnya bagi baki 11 pusingan musim ini.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related