Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

Augusto Fernandez sertai ujian Yamaha, sebagai penunggang kedua

Augusto Fernandez telah disahkan menyertai projek Yamaha MotoGP sebagai penunggang kedua dalam sesi ujian untuk musim 2025.

Fernandez, yang menamatkan kerjayanya sebagai pelumba MotoGP sepenuh masa pada penghujung musim 2024 selepas dilepaskan oleh pasukan KTM dan pasukan Tech3 dimaklumkan akan berganding bahu bersama Cal Crutchlow untuk Ujian Rasmi Yamaha MotoGP.

“Saya sangat gembira dan teruja untuk menyertai Yamaha sebagai penunggang ujian untuk 2025. Ini adalah satu penghormatan besar untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Yamaha, dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjadikan ini satu kenyataan.

“Dalam projek baru yang hebat ini, saya akan melakukan yang terbaik untuk membantu Yamaha kembali ke tempat mereka yang sepatutnya,” ungkapnya.

Pengarah Pengurusan Yamaha Racing, Lin Jarvis, turut menyatakan bahawa Fernandez akan menjadi pengganti utama untuk mana-mana empat pelumba MotoGP Yamaha 2025 sekiranya mereka tidak dapat berlumba akibat kecederaan.

“Pembangunan motosikal adalah keutamaan bagi Yamaha ketika kami berusaha untuk kembali kepada kemenangan secepat mungkin.Kami telah menandatangani Augusto untuk menjadi Penunggang Ujian Yamaha kedua bersama Cal Crutchlow.

“Malangnya, Cal tidak dapat memenuhi semua tugas ujiannya pada tahun 2024, dan jelas bahawa kami perlu merekrut seorang lagi penunggang untuk membantu kami melengkapkan semua aktiviti penting bagi tahun 2025.

“Kami percaya Augusto merupakan calon yang sesuai untuk Pasukan Ujian Yamaha Factory Racing MotoGP dan motosikal YZR-M1. Augusto masih muda dan pantas, dan dia boleh menguji bersama Cal sambil belajar metodologi khas yang diperlukan daripada seorang penunggang ujian sepenuh masa,” katanya lagi.

Beliau turut menjelaskan mengenai Fernandez yang dilaporkan akan turut menyertai kesemua enam penyertaan wildcard Yamaha.

“Kedudukan prestasi semasa kami membolehkan kami memanfaatkan sepenuhnya had maksimum program ujian. Selain daripada ujian, kami bercadang untuk mengambil bahagian dalam sehingga enam perlumbaan wildcard, dan Augusto juga akan menjadi penunggang pengganti utama sekiranya salah seorang pelumba pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP atau Prima Pramac Yamaha MotoGP tidak dapat berlumba pada bila-bila masa pada tahun 2025.

Pelumba Sepanyol itu pernah mencatatkan keputusan terbaiknya di MotoGP dengan menduduki tempat keempat di Grand Prix Perancis 2023. Walau bagaimanapun, perubahan ke rangka karbon KTM pada tahun 2024 menyaksikan Fernandez bergelut untuk meneruskan momentum musim rookienya.

Fernandez membawa pengalaman dua tahun dalam MotoGP dari tahun 2023 hingga 2024,dengan pengalaman enam tahun dalam Moto2 dari tahun 2017 hingga 2022, beliau berjaya merangkul gelaran Kejuaraan Dunia Moto2 pada tahun 2022.

Pelumba Sepanyol itu dijadualkan membuat penampilan sulung sebagai penunggang ujian Yamaha pada ujian shakedown MotoGP di Sepang, Malaysia, yang dijadualkan berlangsung dari 31 Januari hingga 2 Februari.

Sepanjang tahun ini, beliau turut akan mengambil bahagian dalam Ujian Rasmi IRTA, sesi ujian peribadi Yamaha, dan acara wildcard, sambil turut menyumbang kepada pembangunan motosikal Yamaha YZR-M1.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related