Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

Alvaro Carpe sah Juara Dunia FIM JuniorGP 2024

Álvaro Carpe berjaya merangkul gelaran Juara Dunia FIM JuniorGP 2024 meskipun tidak menamatkan perlumbaan pertamanya di Estoril, Portugal Rabu lalu.

Insiden pelanggaran antara Carpey dan Casey O’Gorman (Team Estrella Galicia 0,0) yang memaksanya untuk menamatkan penyertaan lebih awal tidak menjejaskan pelumba Sepanyol itu dari memenangi trofi Juara Dunia apabila beliau sudah mempunyai kelebihan 26 mata yang turut memberi makna perlumbaan terakhir itu tidak relevan dalam perebutan trofi tersebut.

Namun, drama turut berlaku apabila Maximo Quiles terjatuh di selekoh 4 selepas bersentuhan dengan Jesus Rios (MRE Talent). Rios, yang bermula dari belakang grid akibat penalti, berada dalam kedudukan lima teratas sebelum Carpe terjatuh di selekoh 12 bersama O’Gorman.

Perlumbaan 2 lebih terkawal, tetapi pertarungan untuk tempat kedua dalam kejuaraan menjadi tumpuan. Pada pusingan terakhir, Quiles berjaya merebut kemenangan pertamanya dalam kategori ini, dengan Pini di tempat kedua dan Jakob Rosenthaler (Liqui Moly Husqvarna Intact GP Junior Team) di tempat ketiga.

Sementara itu, dalam Kejohanan Moto2 Eropah , Roberto Garcia hanya memerlukan tempat dalam kelompok sepuluh terbaik untuk memenangi kejuaraan. Walaupun bermula dari tempat kelima, Garcia berjaya mengekalkan kedudukan dan menamatkan perlumbaan dengan stabil di tempat kelima yang sudah mencukupi untuk dinobatkan sebagai juara.

Unai Orradre pula muncul sebagai juara perlumbaan selepas memenangi pertarungan sengit dengan Alberto Surra (Team Ciatti-Boscoscuro).

Bagi Talent Cup Eropah pula, Valentin Perrone (Frando Racing VHC Team) muncul sebagai juara keseluruhan kategori tersebut, manakala Dino Iozzo (IUM Motorsports) mencipta kemenangan pertama dalam kariernya selepas mendominasi perrlumbaan dalam Kejohanan Stock Eropah.

Archie McDonald berjaya meraih podium apabila memenangi perlumbaan Stock Eropah di tempat kedua,dan Lorenzo Dalla Porta di tempat ketiga. Gelaran juara, bagaimanapun, dimenangi Mario Mayor (GV Tamoil Racing) selepas pertarungan yang sengit dengan Dalla Porta.

Penutup Kejohanan Dunia FIM JuniorGP 2024 menandakan berakhirnya musim yang penuh aksi, dengan pelumba muda menunjukkan potensi besar mereka di pentas antarabangsa.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related