Alpine kini penaja Pramac

Pengeluar kereta terkemuka dari Perancis, Alpine, disahkan bakal menyertai barisan penaja pasukan MotoGP Pramac bagi musim 2025, menjelang acara pelancaran rasmi yang dijadualkan berlangsung pada 31 Januari ini.

Pengumuman tersebut dibuat menerusi satu hantaran di laman media sosial rasmi mereka, susulan khabar angin yang tersebar sejak penghujung tahun lalu mengenai kerjasama antara Alpine jenama kereta yang turut aktif dalam Formula 1 dan Kejohanan Ketahanan Dunia (World Endurance Championship) dan pasukan MotoGP ini.

“Dua dunia, satu visi bersama. Menjelang musim 2025 yang penuh keterujaan, Prima Pramac Yamaha MotoGP berbangga untuk mengumumkan kerjasama baharu dengan Alpine Cars,” tulis kenyataan tersebut.

Namun, butiran lanjut mengenai sejauh mana penglibatan Alpine dalam pasukan ini, termasuk penonjolan jenama pada jentera Yamaha serta pengaruhnya terhadap reka bentuk livery pasukan, masih belum didedahkan.

Walaupun begitu, Prima akan terus kekal sebagai penaja utama Pramac sehingga penghujung tahun 2027.

Kerjasama ini terjalin atas hubungan baik antara Luca de Meo, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Renault yang juga syarikat induk Alpine dengan Paolo Campinoti, pemilik pasukan Pramac. Luca de Meo, yang pernah berkhidmat sebagai pengarah Fiat dari 2002 hingga 2007, sebelum ini turut terlibat ketika Fiat menjadi penaja utama pasukan kilang Yamaha dalam MotoGP.

Majlis pelancaran rasmi Pramac bersama pasukan kilang Yamaha akan berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia, pada 31 Januari ini. Pasukan tersebut dijangka akan disertai oleh dua pelumba utama, Jack Miller dan Miguel Oliveira, untuk musim 2025 yang dijangka penuh aksi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related