Alex tamatkan rekod sempurna Marc di Catalunya

Bermula dengan kekecewaan pada aksi perlumbaan Sprint, Alex Marquez akhirnya berjaya mengukirkan senyuman dibibir selepas berjaya menembus kekecewaan dengan merangkul kemenangan GP Catalunya pada Ahad.

Alex yang juga merupakan pencabar terdekat abangnya sendiri, berhasil mempamerkan tunggangan cemerlang untuk menundukkan Marc Marquez sekali gus meraih kemenangan kedua dalam karier MotoGP di Litar Catalunya.

Kemenangan bergaya itu juga menamatkan rekod tanpa kalah Marc yang sebelum ini mendominasi beberapa perlumbaan terakhir. Walaupun sekadar di tempat kedua, pelumba nombor #93 masih kekal pendahulu kejuaraan, namun saingan perebutan gelaran kini sah dibawa ke GP Jepun.

Podium turut dilengkapkan oleh Enea Bastianini (Red Bull KTM Tech3) yang meraih podium Ahad pertamanya bersama KTM.

Perlumbaan malam Ahad itu menyaksikan Marc yang bermula dari petak ketiga (P3) berjaya merampas kedudukan pendahulu di selekoh pertama. Namun saingan awal dikejutkan dengan insiden kemalangan Marco Bezzecchi dan Fabio Di Giannantonio, yang sekaligus menamatkan harapan podium dua pelumba VR46 itu.

Alex mula memberi tekanan sejak awal, sebelum berjaya memintas Marc pada pusingan keempat di selekoh 1. Serangan masa tersebut turut merupakan satu gerakan agressif yang membuka laluan kepada saingan sengit antara mereka.

Dalam aksi yang lain, Bastianini turut bersaing rapat dengan Acosta untuk merebut tempat ketiga dan dalam masa yang sama lima pusingan terakhir juga menyaksikan Alex mengekalkan kelebihan dengan tunggangan konsisten, manakala Marc cuba mengejar namun beberapa kesilapan kecil membuatkan jarak semakin melebar.

Akhirnya, Alex melintasi garisan penamat dengan kelebihan 1.7 saat di depan Marc, sekali gus menebus kesilapan dalam perlumbaan Sprint sehari sebelumnya.

“Ini kemenangan yang sangat istimewa, lebih manis kerana di tanah air sendiri dan menentang abang saya,” kata Alex.

Senarai 10 Teratas GP Catalunya

  1. Alex Marquez (BK8 Gresini Racing MotoGP)
  2. Marc Marquez (Ducati Lenovo Team)
  3. Enea Bastianini (Red Bull KTM Tech3)
  4. Pedro Acosta (Red Bull KTM Factory Racing)
  5. Fabio Quartararo (Monster Energy Yamaha MotoGP)
  6. Ai Ogura (Trackhouse MotoGP Team)
  7. Francesco Bagnaia (Ducati Lenovo Team)
  8. Luca Marini (Honda HRC Castrol)
  9. Miguel Oliveira (Prima Pramac Yamaha MotoGP)
  10. Jorge Martin (Aprilia Racing)

Kemenangan ini turut melonjakkan Alex ke kedudukan lebih selesa dalam senarai keseluruhan, apabila kini berada dalam kelompok lima teratas Kejuaraan Dunia MotoGP 2025. Walaupun musim ini penuh dengan turun naik, pelumba Gresini itu membuktikan konsistensi dengan beberapa kali menamatkan saingan dalam kelompok 10 terbaik dan kini berjaya menghadiahkan kemenangan sulungnya tahun ini di hadapan penyokong sendiri.

Prestasi cemerlang di Catalunya sekali gus menjadi suntikan motivasi besar buat Alex, yang sebelum ini sering berada dalam bayangan abangnya, Marc. Dengan baki musim yang masih panjang, kemenangan ini membuka peluang untuknya memburu podium lebih konsisten dan mungkin menambah satu lagi kejayaan bersejarah sebelum tirai 2025 melabuh.

Baca juga:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related