Alex Marquez kembali beraksi di Brno

BRNO, Republik Czech – Pelumba BK8 Gresini Racing MotoGP, Alex Marquez, menerima khabar positif apabila diberikan lampu hijau awal oleh pasukan perubatan untuk turun ke litar sempena Grand Prix (GP) Republik Czech di Brno hujung minggu ini.

Pelumba bernombor #73 itu sebelum ini terpaksa berehat daripada perlumbaan selepas terlibat dalam kemalangan besar ketika GP Catalunya. Akibat kecederaan yang dialami, Alex terlepas dua pusingan berturut-turut di Itali dan Hungary bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada proses pemulihan.

Setibanya di Brno, Alex menjalani pemeriksaan perubatan wajib dan berjaya melepasi penilaian awal, sekali gus membolehkannya mengambil bahagian dalam sesi latihan bebas pertama (FP1) pada Jumaat.

Bagaimanapun, penyertaannya bagi baki hujung minggu perlumbaan masih belum dimuktamadkan. Selepas tamat sesi FP1, Alex akan menjalani satu lagi pemeriksaan oleh pasukan perubatan MotoGP bagi menentukan sama ada beliau benar-benar cergas untuk meneruskan saingan.

Sekiranya disahkan FIT, pelumba Sepanyol itu akan dibenarkan menyertai keseluruhan program perlumbaan di Brno. Namun, jika keputusan sebaliknya diperoleh, Alex tidak akan dibenarkan meneruskan aksinya sepanjang hujung minggu tersebut.

Kepulangan Alex sudah pasti menjadi berita gembira buat BK8 Gresini Racing yang berharap pelumba itu dapat kembali mengutip mata penting dalam perebutan kedudukan kejuaraan musim ini.

Para peminat MotoGP kini menantikan keputusan pemeriksaan susulan selepas FP1 yang akan menentukan sama ada Alex Marquez mampu membuat kemunculan semula kompetitif di litar Brno.

Saksikan aksi penuh hujung minggu ini di Spotv.My

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related