Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

Aleix Espargaro bimbang sekiranya Jorge Martin juarai MotoGP 2024

Aleix Espargaro menunjukkan sokongan penuhnya terhadap pelumba Prima Pramac, Jorge Martin untuk memenangi kejuaraan MotoGP 2024 dengan mengatasi bekas juara Dunia 2023, Pecco Bagnaia pada aksi pusingan akhir MotoGP di Barcelona, hujung minggu ini.

Espargo mengatakan beliau gembira dengan pencapaian rakannya itu, dan dalam masa yang sama agak khuatir dengan apa yang menanti pelumba Sepanyol itu pada musim depan.

“Saya sangat gembira dengan pencapaiannya ketika ini.

“Ia juga menakutkan saya kerana ia tidak akan mudah selepas sekian lama di Ducati, dengan jentera yang membawa kepada kemenangan, untuk beliau datang ke Aprilia dengan konsep yang amat berbeza sama sekali.

“Ia tidak akan mudah, tetapi dia adalah kawan baik saya dan memberikan kepercayaan penuh kepadanya dengan jentera saya adalah satu impian buat saya,” kata Espargaro kepada wartawan Motosprint mengenai kemungkinan berlaku pertukaran di garaj Aprilia oleh Martin pada tahun depan.

Martin dilaporkan bakal menukar daripada Ducati kepada Aprilia bagi musim depan yang menimbulkan persoalan mengenai plat nombor #1 yang bakal menghiasi garaj Aprilia sekiranya beliau memenangi perlumbaan hujung minggu ini , sementera Bagnaia dilaporkan masih kekal dengan jentera Ducatinya.

Ketika ini, Martin sedang mendahului carta juara dunia dengan jurang 24 mata di hadapan Juara Dunia 2023 , Pecco Bagnaia menjelang perlumbaan pusingan akhir di Barcelona.

The Solidarity GP of Barcelona secara rasmi bakal membuka tirainya bermula 15 November ini sehingga 17 November 2024.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related