Akid Aziz Sasar Gelaran Juara Keseluruhan Underbone Musim 2024

Khamis, 14 Mac 2024, Buriram – Pelumba pasukan Pitsbike Oneway JRT Tech2 Racing Team, Akid Aziz dalam sesi media berkongsi sasaran awal musim baru 2024 menjelang pusingan pembukaan FIM Asia Road Racing Championship (ARRC).

Untuk rekod 2023, Akid berada pada kedudukan ke-5 keseluruhan dengan 107 mata dengan 3 kali podium ketika bersama pasukan Cardinals Factory Racing Team ARRC. Namun untuk musim 2024, beliau sah bersama pasukan baru Pitsbike Oneway JRT Tech2 Racing Team dan sekali lagi digandingkan dengan rakan sepasukan yang sama, Afif Amran.

Afif Amran bersama pasukan Pitsbike Oneway JRT Tech2 Racing Team – Gambar ARRC

Pada bulan Januari 2024, Pitsbike Oneway JRT Tech2 Racing Team mengumumkan mereka akan bekerjasama dengan pasukan CKJ Racing Team untuk keseluruhan pusingan ARRC 2024 yang dimaklumkan oleh Jeremy Hoh. Pasukan ini diurus sepenuhnya oleh Amer Saad bagi mencapai objektif pasukan.

“Untuk musim ini, sedikit tekanan untuk pasukan jika dibandingkan dengan musim sebelumnya kerana kami mempunyai dua juara bersama kami. Kedua-dua mereka adalah juara bagi tahun 2022 dan 2023 Malaysian Cub Prix.” – menurut Jeremy Hoh

Dalam sesi sidang media pada Khamis, Akid turut jelaskan beliau akan bekerja sama dengan rakan sepasukan bagi mencapai sasaran keseluruhan.

“Untuk pusingan pertama macam mana keadaan pun kita lihat hari Jumaat (sesi latihan). Jika keadaan baik, kita tahun ini memang mahu jadi juara keseluruhan. Underbone semuanya bersaing dengan cukup baik. Untuk pusingan pertama saya belum tahu walau bagaimana pun saya mempunyai rakan sepasukan yang baik dan perlu bekerjasama dengan dia.” – kata Akid Aziz

Sesi UB150 pada hari Jumaat akan berlangsung bermula jam 9:10 pagi (Practice 1) waktu Malaysia dan 3:00 petang (Practice 2) waktu Malaysia.


Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related