Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

Ai Ogura Penuhi Kriteria Yang Diperlukan Trackhouse – Justin Marks

Saat pengumuman dibuat, ramai yang bersetuju dengan langkah Trackhouse memilih pelumba Jepun yang kini berada pada tangga kedua kedudukan keseluruhan Moto2 2024 bersama pasukan MT Helmets – MSI dengan 142 mata.

“Banyak faktor kenapa Ai dipilih, antaranya bakat, dedikasi, kepantasan, fokus dan dari sudut pandang perniagaan ia sangat baik untuk memiliki pelumba yang mewakili Asia. Ai tunjukkan komitmen diatas jentera Moto2 dan bersedia untuk ke kelas MotoGP.

“Trackhouse Racing MotoGP diasaskan untuk dikembangkan ke tahap global melalui inisiatif jenama Trackhouse. Ia sangat menarik dimana kami mempunyai atlet dari pelbagai negara yang mewakili Mexico, Amerika Syarikat, Sepanyol, New Zealand dan sekarang pula Jepun.” jelas Justin.

Perpindahan Ai Ogura ke Trackhouse adalah suatu cita-cita pemilik mereka Justin Marks untuk menjadikan Trackhouse sebagai destinasi untuk bakat yang meningkat naik dan buka peluang untuk kejayaan di trek perlumbaan. Bagi Ogura, MotoGP merupakan kelas paling premier dan tertinggi. Ia diimpikan oleh semua pelumba.

“Pertama kali saya ingin berterima kasih kepada semua yang terlibat menjadi sebahagian daripada projek ini dan semua yang telah menyokong saya. Sudah tentu ini adalah impian. Saya sangat gembira dapat berlumba di kelas teratas dan tidak sabar untuk bersama-sama pasukan Trackhouse MotoGP Racing.” kata Ai Ogura.

Namun tiga hari selepas pengumuman Ogura sertai pasukan Trackhouse MotoGP, Ogura terlibat dengan insiden dan patah tangan kanan semasa sesi latihan sebelah Sabtu pagi di Red Bull Ring. Ini merupakan keadaan yang perlu ditempuh oleh kedua-dua pihak bila melibatkan prestasi kelak. Namun jika kita lihat keadaan dan prestasi Ogura, beliau pasti bangkit.

Dengan prestasi kesemua jentera Honda dan Yamaha kurang baik untuk musim ini ‘memudahkan’ Ai Ogura membuat keputusan sukar apabila ditawarkan jentera pengeluar dari Itali apabila sebelum ini beliau dikaitkan untuk menggantikan tempat Nakagami bersama LCR Team.

Perpindahan Ai Ogura dilihat kena pada masanya apabila jenama Jepun kurang memuaskan dan prestasi Ogura berada ditahap terbaik bagi mencabar kedudukan rakan sepasukan, Sergio Garcia dengan perbezaan 20 mata keseluruhan.

Ai Ogura diumum ke kelas perdana bersama Trackhouse Racing dan menandatangani kontrak kerjasama untuk musim 2025 dan 2026.

Pelumba Jepun tersebut akan bergandingan dengan Raul Fernandez, yang juga telah memperbaharui kontraknya dengan Trackhouse Racing sehingga tahun 2026. Kedua-dua pelumba akan berlumba dengan jentera Trackhouse Aprilia RS-GP spesifikasi kilang.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related