Agius raih kemenangan berganda

Pelumba Australia, Senna Agius mencipta detik manis di Grand Prix Sepanyol apabila meraih kemenangan kedua berturut-turut dalam kelas Moto2 selepas menewaskan dua pencabar utama dalam perlumbaan sengit tiga penjuru.

Pelumba Manuel Gonzalez melengkapkan kedudukan satu-dua buat pasukan Liqui Moly Dynavolt Intact GP, manakala Collin Veijer meraih podium pertamanya musim ini di tempat ketiga.

Perlumbaan bermula dengan Gonzalez melakukan ‘holeshot’, namun Veijer pantas merampas pendahuluan seawal selekoh keenam. Agius pula mula menunjukkan rentak apabila memanjat ke kedudukan kedua, manakala David Alonso berdepan permulaan buruk selepas terjatuh ke P17.

Aksi semakin panas apabila pertukaran pendahulu berlaku beberapa kali, termasuk pertarungan sengit antara Agius dan Veijer, sebelum beberapa insiden kemalangan melibatkan pencabar lain membuka ruang kepada tiga pelumba di hadapan untuk mendominasi perlumbaan.

Momentum kemenangan mula berpihak kepada Agius apabila beliau melakukan gerakan berani di Lap 14 untuk mengambil alih pendahuluan.

Walaupun diasak rapat oleh Gonzalez dan Veijer hingga ke pusingan terakhir, Agius kekal tenang untuk melintasi garisan penamat di tempat pertama, sekali gus mencatat kemenangan ‘back-to-back’ pertama dalam karier Moto2. Gonzalez yang menamatkan perlumbaan di tempat kedua terus kekal sebagai pendahulu kejuaraan dunia, manakala Veijer melengkapkan podium.

Di belakang kelompok podium, Alonso bangkit dengan prestasi cemerlang untuk menamatkan perlumbaan di tempat keempat, diikuti Celestino Vietti di tempat kelima dan Daniel Muñoz di tempat keenam. Keputusan ini menyaksikan Agius kini melonjak ke kedudukan kedua dalam carta kejuaraan, menjadikan perebutan gelaran musim 2026 semakin sengit menjelang pusingan seterusnya di Le Mans.

Baca juga:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related