Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

Adrian Fernandez raih kedudukan pole pertama dalam musim ini

Hari yang penuh bermakna buat pelumba Leopard Racing, Adrian Fernandez apabila berjaya mendapatkan kedudukan pole pertamanya dalam kategori Moto3 selepas berjaya mencatatkan masa terpantas dalam aksi kelayakan Q2 , sebentar tadi.

Pertembungan di Sepang pada petang Sabtu, menyaksikan Pelumba Honda Asia, Taiyo Furusato mempamerkan aksi cemerlang dengan mendahului sesi apabila mencatat masa 2:11.198 saat selepas memintas Adrian Fernandez dan Angel Piqueras sebelum sesi kelayakan dihentikan buat sementara waktu.

Saingan diteruskan, Piqueras terlibat dalam kemalangan di selekoh 1 bersama Scott Ogden dengan baki masa satu minit setengah dalam sesi tersebut, namun tiada sebarang kecederaan serius yang dilaporkan.

Fernández berjaya mengintai ruang yang ada dan mencuri kedudukan pole pertamanya dengan hasil catatan masa 2:09.542s.

Sementara itu, Pelumba MT Helmet-MSI, Ivan Ortola yang juga merupakan tumpuan utama dalam sesi kelayakan Q2 ini berada di tempat kedua dan diikuti Juara dunia Moto 3 musim ini, David Alonso di tempat ketiga dengan masa yang direkodkan 2:10.015 saat.

Berikut merupakan keputusan sesi kelayakan Q2 Moto 3 sebentar tadi:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related