Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

Aaron Canet sukar disekat, kuasai sesi latihan

Saingan pembukaan pusingan akhir Grand Prix menyaksikan Pelumba Fantic Racing, Aron Canet mendominasi saingan pada Jumaat apabila berjaya mencatatkan masa terpantas dalam sesi latihan bebas dan sesi latihan 1 di Litar Barcelona-Catalunya,sebentar tadi.

Pelumba #44 itu mempamerkan prestasi mengagumkan dengan catatan masa 1:42.426, mengatasi Jake Dixon (CFMOTO Inde Aspar) dengan kelebihan 0.231 saat.

Meskipun, permulaan sesi latihan dipimpin oleh Juara Dunia Moto2, Ai Ogura yang mempamerkan kelajuan seawal minit ke-28 selepas menduduki tangga pertama dengan catatan masa 1:43.191saat untuk memperbaiki kedudukan ke-20 pada sesi pagi.

Namun, posisi itu tidak dapat dikekalkan oleh pelumba Jepun itu yang sekadar menamatkan saingan di tempat keenam untuk MT Helmets-MSI sekaligus menjadikan beliau pelumba Boscoscuro yang terpantas.

Sementara itu, aksi Moto3 pula menyaksikan Pelumba Red Bull GasGas Tech 3, Daniel Holgado mendahului sesi latihan selepas berjaya menempatkan diri di tempat pertama pada saat-saat akhir dengan catatan masa terbaiknya 1:46.568s.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related