Bukan sekali tapi dua kali pelumba Moto3 negara, Hakim Danish cipta masa baru bagi kelas Moto3 World Championship di Czech Republic dan memadamkan mas yang dicipta oleh Guido Pini (Honda) 2:05.019
Pertama beliau lakukan dalam sesi Free Practice 1 dengan catatan masa dibawah 2:05 iaitu dengan 2:04.938. Disebelah petang sesi Practice, Danish sekali lagi memperbaharui masa dengan 2:04.745
Ini sesuatu yang luar biasa bagi pelumba rookie Moto3 yang belum pernah ada pengalaman di Litar Brno Autodrome sekali pun ketika dua tahun beraksi di Red Bull Rookies Junior Championship pada 2025 dan 2024.

Catatan ini menunjukkan Hakim Danish cepat menyesuaikan diri dengan situasi litar di Brno, Czech Republic sekaligus kelayakkan diri ke slot Qualifying 2. Sekali pun selesa dengan catatan masa, Hakim tidak boleh selesa dengan beberapa pelumba lain seperti David Almansa yang berjaya catat masa dibawah 2:05 serta pelumba lain.

Tumpuan harus diberikan kepada sesi kelayakkan petang ini selain sesi Free Practice 2. Anda kini boleh menonton secara langsung di laman pengstriman SPOTV NOW dengan pakej Motorsports.
Baca juga:


