Juara Dunia kembali beraksi di Mugello

Selepas terlepas dua perlumbaan terakhir akibat kecederaan dan menjalani dua pembedahan, Marc Marquez dijangka kembali membuat kemunculan semula di Grand Prix Itali di Mugello hujung minggu ini.

Pelumba Ducati Lenovo Team itu sebelum ini mengalami kecederaan kaki selepas kemalangan ketika Sprint GP Perancis di Le Mans, selain turut menjalani satu lagi pembedahan bahu yang telah dirancang lebih awal. Kini, selepas proses pemulihan berjalan lancar, juara dunia tujuh kali itu disahkan akan kembali bersama pasukan Ducati untuk perlumbaan di laman sendiri pengeluar Itali tersebut.

Ducati Lenovo Team dalam kenyataan rasmi memaklumkan bahawa Marquez telah menjalani pemeriksaan perubatan positif dan akan ke Mugello bagi menjalani penilaian akhir kecergasan pada Khamis sebelum dibenarkan secara rasmi untuk berlumba.

“Selepas pemeriksaan perubatan yang positif, Marc Márquez akan ke Mugello esok. Beliau dijadual menjalani pemeriksaan akhir di litar pada Khamis bagi mendapatkan kebenaran untuk berlumba di GP Itali,” menurut kenyataan pasukan itu.

Sekiranya melepasi pemeriksaan terakhir tersebut, Marquez akan kembali turun ke litar pada sesi latihan bebas hari Jumaat, sekali gus menandakan kepulangan semula juara dunia bertahan itu selepas tempoh pemulihan yang mencabar.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related