Jorge Lorenzo sertai Maverick Vinales sebagai jurulatih prestasi baharu

Maverick Viñales membuka lembaran baharu dalam kerjaya MotoGPnya apabila mengumumkan pelantikan legenda MotoGP dan Hall of Famer, Jorge Lorenzo, sebagai jurulatih prestasi peribadinya.

Pengumuman itu dibuat menerusi Instagram selepas khabar angin hangat bertebaran sepanjang GP Valencia. Matlamat utama mereka jelas untuk memburu kejuaraan dunia.

Lorenzo dimaklumkan akan bekerja rapat bersama Viñales secara berterusan dengan memberi tumpuan kepada tiga aspek utama:

1. Persediaan fizikal & atletik

Fokus pada rutin, latihan, dan pemulihan yang disesuaikan dengan tuntutan moden MotoGP dalam memastikan Viñales berada pada tahap kecergasan optimum sepanjang musim.

2. Bimbingan strategi

Penekanan kepada pengurusan tekanan, kawalan risiko, konsistensi perlumbaan serta pembuatan keputusan ketika detik kritikal dan elemen yang sering membezakan pelumba biasa dengan juara dunia.

3. Pembangunan teknikal & taktikal

Mengukuhkan analisis hujung minggu perlumbaan, perancangan, dan kefahaman teknikal bagi memaksimumkan potensi di setiap sesi.

Kerjasama ini akan disokong oleh sebuah pasukan yang dikoordinasikan sendiri oleh Lorenzo, selari sepenuhnya dengan visi projek Viñales untuk mencapai kemajuan kukuh dan berterusan dalam jangka sederhana serta panjang.

“Membawa Jorge ke dalam projek ini adalah peluang besar untuk belajar dan memperbaiki setiap aspek. Pengalaman dan perspektif luarnya akan membantu kami melangkah dengan lebih yakin. Saya memulakan fasa baharu ini dengan motivasi dan semangat yang tinggi,” ungkap Maverick Viñales

“Maverick memiliki bakat semula jadi dan kelajuan luar biasa. Peranan saya adalah untuk membimbingnya, berkongsi pengalaman dan ilmu, serta membantu dia mencapai versi terbaik dirinya. Jika kami boleh tingkatkan ketiga-tiga aspek utama ini, saya percaya kejayaan akan datang dengan sendirinya.” tambah Jorge Lorenzo

Selepas terpaksa berehat panjang pada separuh kedua musim 2025 akibat kecederaan bahu di Jerman, Viñales kini bersedia kembali bangkit. Dengan Lorenzo sebagai tunjang bimbingan, pelumba Sepanyol itu menyasarkan untuk kembali berada di barisan hadapan menjelang permulaan musim 2026 dengan sebuah pasukan baharu, pendekatan baharu, dan misi baharu iaitu menjadi juara dunia MotoGP musim depan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related