Afif Amran Juara Keseluruhan MSBK 250, regulasi baru beri hasil positif

Pelumba pasukan Superfast JRT x Rapido, Afif Amran muncul Juara Keseluruhan MSBK250 apabila memenangi perlumbaan 1 pusingan ke-4 hari Sabtu dengan mata keseluruhan hari sehingga perlumbaan ke-7 adalah 151 mata dan sukar dicabar oleh Akid Aziz mahupun Irfan Ardiansyah.

Afif yang berpengalaman dengan jentera 250cc sejak 2017 namun akui jentera Honda 250 lebih laju ketika itu. Menurut Afif, dengan regulasi baru dimana Yamaha dibenarkan menggunakan jentera R3 membolehkan Afif menggunakan peluang yang ada untuk bersaing lebih sengit dengan jentera Honda. Pada tahun 2024 sudah ada perubahan positif.

Musim 2024, Honda masih mendominasi keseluruhan kedudukan kejuaraan dimana Irfan Ardiansyah dari Honda NWN SCK Racing Team mengesahkan status sebagai juara dengan 132 mata.

Sehingga pusingan ke-4 hari Sabtu, Afif memenangi 5 perlumbaan daripada 7 pusingan dan dua kali podium tempat kedua. Selepas perlumbaan ke-7, Afif lahir rasa syukur atas kejayaan yang dirangkul sekali pun berada dalam keadaan sukar berdepan dengan pelumba lain.

“Syukur alhamdulilah, saya dapat memenangi perlumbaan pada hari ini. Seperti yang dijangka, perlumbaan akhir memang saingan akan lebih sengit. Saya cuba atur strategi dari awal tetapi saya tidak berjaya melepaskan diri kerana mereka tahu saya akan lari. Jadi saya kekalkan kedudukan saya di kumpulan hadapan. Pada lap terakhir saya cuba atur strategi dan berjaya tamatkan dikedudukan P1.

Menurut Afif, status Juara bagi musim 2025 tidak akan terhenti disini sahaja tetapi ia langkah persiapan lebih baik untuk musim hadapan.

“Tetapan jentera pada tahun ini berjalan dengan lancar. Status Juara ini bukan terhenti disini sahaja, kita akan buat lebih bagus untuk tahun hadapan. Kalau boleh ARRC pun kita nak sertai dalam AP250.”

“Kalau kita tengok race pace MSBK tahun lepas tidak laju macam tahun ni disebabkan sesetengah jentera tidak kompetitif. Tahun ni saingan lebih laju, dan race pace hampir kepada ARRC race pace. Siangan daripada Honda termasuk pasukan luar agak kuat.”

Mengulas mengenai projek pasukan untuk musim hadapan, Afif menyatakan pembangunan akan diteruskan untuk pelumba baru.

“Kedudukan saya belum tentu untuk musim hadapan dalam MSBK 250, mungkin akan ke AP250 atau 600. Ia belum pasti dan bergantung pada keputusan pasukan tahun hadapan.”

Kunci utama kejayaan selain tetapan pada jentera adalah komunikasi. Afif mempunyai pasukan yang sama seperti dalam Malaysian Cub Prix dari dulu dan ini menjadi memudahkan pasukan untuk bekerja ke arah kejayaan lebih banyak.

Apa yang berbeza selepas menjuarai MSBK 250 berbanding kejayaan sebelum ini adalah kerana dapat ulangi semula pengalaman berlumba dalam ARRC 250 namun tidak kompetitif dan kini terbayar segala usaha saya sebelum ini. Kita tak pernah putus ada untuk mencari penambaikkan jentera sehingga ke hari ini.”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related